1. Apakah yang dimaksudkan dengan sakit?
Sakit adalah suatu perasaan yang tidak menyenangkan berpunca daripada tindakbalas kimia yang
berlaku di dalam badan yang menandakan suatu kecederaan yang sedang berlaku pada struktur anatomi atau yang berpotensi mendatangkan kecederaan pada badan.
Tahap kesakitan adalah berbeza dari seseorang individu kepada individu lain berdasarkan kepada perbezaan kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan psikologi. Sakit juga diterjemahkan dalam pelbagai bentuk seperti sakit yang berdenyut, pedih, semut-semut, tajam, panas dan dull pain iaitu sakit yang tidak boleh digambarkan. Oleh kerana terdapat pelbagai jenis sakit dan kepelbagaian faktor mempengaruhi perasaan sakit, cara rawatan juga adalah berbeza.
2. Bagaimanakah terjadinya sakit?
Sakit boleh terjadi apabila satu struktur tisu atau sel tercedera. Apabila ini berlaku, cecair kimia atau juga dikenali sebagai pain mediator akan dirembes keluar dari sel atau tisu dan seterusnya akan merangsang hujung saraf yang sentiasa peka terhadap perubahan kimia dalaman. Saraf yang dirangsang akan menghantar isyarat kepada otak dan seterusnya akan diterjemahkan sebagai sakit secara terperinci dari segi jenis dan lokasi. Kehadiran bendasing di dalam badan juga boleh merangsang proses keradangan yang boleh dilihat sebagai kulit menjadi merah, sakit, panas, bengkak dan menghalang pergerakkan sesuatu sendi. Proses keradangan ini berfungsi untuk melindungi badan dari bendasing secara kimia. Walaubagaimanapun proses ini boleh mendatangkan kecederaan pada tisu dan sel normal yang berdekatan. Proses rembesan kimia dan rangsangan saraf akan juga berlaku dan seterusnya menyebabkan perasaan sakit.
3. Apakah itu sakit belakang?
Sakit belakang adalah sejenis sakit yang lebih khusus. Kebiasaanya, sakit belakang merujuk kepada kesakitan yang berlaku pada bahagian sekitar tulang belakang dari tulang leher hingga ke punggung. Ia termasuklah pada bonjolan tulang belakang yang boleh dirasai dengan hujung jari, otot-otot pada sisi tulang belakang dan pada bahagian punggung. Terdapat pelbagai jenis sakit belakang dan berpunca dari banyak sebab yang akan dijelaskan di dalam soalan-soalan yang seterusnya.
4. Apakah jenis-jenis sakit belakang yang perlu saya ketahui?
Secara umumnya sakit belakang ini boleh dibahagikan kepada sakit yang sebenarnya berpunca daripada struktur tulang belakang dan sakit dari organ-organ lain yang dirujukkan sakit itu kepada bahagian belakang (referred pain). Sakit yang berpunca daripada struktur belakang pula boleh dibahagikan kepada sakit mekanikal dan bukan mekanikal. Sakit belakang mekanikal adalah bermaksud, sakit itu berlaku hanya apabila pesakit melakukan sebarang pergerakkan. Pergerakkan menyebabkan sakit. Kesakitan hilang apabila pesakit berehat dan tidak melakukan sebarang pergerakkan.Sakit belakang bukan mekanikal pula bermaksud sakit belakang berlaku semasa pesakit berehat atau tidur dan kesakitan semakin bertambah apabila pesakit melakukan pegerakkan.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan instability pain atau sakit belakang yang disebabkan ketidakstabilan struktur?
Instability pain adalah satu daripada sakit belakang mekanikal. Pergerakkan menyebabkan pesakit berasa sakit. Ini berpunca daripada struktur tulang belakang yang tidak stabil. Terdapat banyak punca yang menyebabkan ketidakstabilan struktur tulang belakang. Kebiasaanya adalah berpunca daripada proses penuaan yang disebabkan oleh struktur pelapik disk yang nipis. Kecederaan serius pada tulang belakang juga boleh menyebabkan kepatahan struktur sendi faset, kepatahan struktur badan vertebra dan kecederaan pada ligamen. Semua ini menjurus kepada keadaan belakang yang tidak stabil.
6. Apakah itu tulang belakang?
Tulang belakang adalah struktur tulang yang menyokong badan. Ia terdiri daripada 33 unit tulang vertebra yang bersendi di antara satu sama lain. Terdapat 3 persendian diantara 2 unit vertebra setiap satu. Salah satu daripada fungsi utama tulang belakang adalah ia melindungi sistem saraf tunjang. Saraf tunjang dilindungi sebaik sahaja ia terbentuk daripada bahagian pangkal tulang tengkorak hingga ke bahagian hujung bawah iaitu sekitar tulang punggung. Saraf tunjang adalah seumpama suatu sistem pendawaian kompleks yang menyusun-atur sistem pergerakkan otot dan sendi; sistem deria badan dan semua perjalanan fungsi organ-organ di dalam badan. Maka pembentukkan tulang belakang itu adalah sempurna sekali untuk melindungi sistem saraf kita. Oleh kerana sistem saraf tunjang berkaitan rapat dengan tulang belakang kita, terdapat pelbagai penyakit yang berkaitan di antara satu sama lain yang akan dibincangkan nanti. Tulang belakang tidak hanya terdiri daripada tulang semata-mata. Sistem ligament juga membantu memegang struktur-tulang dengan memastikan tulang-tulang ini berada pada kedudukan yang tepat. Sebarang pergerakkan yang melebihi had boleh menyebabkan kerosakkan kepada sistem saraf. Terdapat pelbagai sistem otot disekitar tulang belakang yang menyokong tulang belakang. Tulang belakang, sistem otot dan ligament bersama-sama saling membantu antara satu sama lain bagi mengukuhkan sistem sokongan badan.
Satu lagi struktur penting pada tulang belakang adalah pelapik disk yang membantu menyerap hentakan di antara dua unit tulang vertebra. Ia juga merupakan satu struktur yang sering bermasalah dikalangan remaja dan orang dewasa yang agak muda.
7. Bilakah saya perlu menemui doktor?
Masalah sakit belakang adalah satu masalah yang kerap dan biasa berlaku. Masalah ini berlaku pada semua tahap umur pesakit. Ia berkaitan dengan pelbagai faktor sekeliling termasuklah stress kerja, stress kehidupan dan perhubungan sosial. Sakit boleh bermula dengan mengangkat barang-barang berat, jatuh, kemalangan ataupun sebarang aktiviti sukan. Walaupun kekerapannya tinggi, kebiasaanya sakit belakang ini akan hilang selepas rehat selama beberapa hari. Tetapi, jikalau kesakitan itu berterusan selama 3 minggu ataupun jika sakit itu berlaku lebih kerap pada waktu malam, anda perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut.
8. Apa yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan sakit belakang?
Apa yang anda perlu lakukan adalah terbahagi kepada dua fasa. Fasa pertama adalah fasa pencegahan. Pencegahan adalah termasuk penjagaan postur badan, mengelakkan diri daripada mengangkat benda berat dan melakukan senaman otot-otot pada bahagian belakang. Fasa kedua adalah rawatan sendiri yang terdiri daripada penggunaan beg air panas, minyak sapu, banyakkan berehat dan pengambilan ubat-ubat tahan sakit.
Memahami masalah tulang belakang juga akan membantu anda dalam proses mendapatkan rawatan lanjut dan seterusnya memastikan kepatuhan kepada rawatan.
9. Apakah yang dimaksudkan dengan penjagaan postur belakang?
Walaupun tulang belakang kita fleksibel dan membenarkan pelbagai arah pergerakkan termasuk membongkok, melenting kebelakang dan membengkok kesisi; namun kedudukan tulang belakang yang tegak merupakan postur yang terbaik. Maka, tidak kira apa jua aktiviti yang sedang dilakukan oleh badan, kita mesti mengekalkan kedudukan tulang belakang kita di dalam keadaan tegak. Malah duduk pun mestilah tegak. Ketika mengambil sesuatu di lantai, kita hendaklah duduk sepenuhnya sambil menegakkan tulang belakang. Berdiri dengan lutut yang lurus dan membongkok kehadapan untuk mengambil sesuatu dilantai adalah salah sama sekali. Begitu juga semasa mengambil sesuatu dari tempat yang tinggi, badan juga mestilah tegak dan berada berhampiran dengan tempat tersebut. Kesalahan yang sentiasa dilakukan adalah ketika bangkit dari tidur. Cara yang terbaik adalah dengan memposisikan badan kepada kedudukan mengiring terlebih dahulu sebelum mengangkat badan ke posisi duduk dengan bangkit dari sisi.
10. Apakah struktur anatomi tulang belakang yang boleh menyebabkan sakit?
Struktur tulang belakang terbentuk daripada banyak komponen. Terdapat pelbagai persendian kompleks di antara setiap unit vertebra dengan vertebra yang lain yang boleh menjadi radang kerana jangkitan kuman, kesan kepada kehausan atau arthritis dan sebarang kecederaan. Pelapik disk di antara dua badan vertebra juga boleh mencetuskan rasa sakit apabila ia radang atau terkoyak. Susun atur vertebra yang terganggu disebabkan oleh sebarang kemalangan boleh mengubah kaedah penghantaran bebanan dari satu vertebra kepada satu vertebra yang lain. Perubahan ini boleh menyebabkan penyebaran tekanan yang tidak sekata dan seterusnya menyebabkan rasa sakit dan lenguh. Sistem sokongan otot-otot yang terdapat pada tulang belakang juga boleh mengalami masalah kekejangan yang boleh diterjemahkan oleh otak sebagai sakit. Selain daripada itu, adalah perlu diingati bahawa sakit pada bahagian belakang juga boleh terjadi berpunca daripada struktur lain selain daripada struktur belakang itu sendiri. Keadaan ini dikenali juga sebagai ‘referred pain’.

11. Apakah yang dimaksudkan dengan referred pain?
Sebarang proses radang yang berlaku pada organ seperti pancreas, hati, usus dan ginjal boleh juga menyebabkan seseorang itu mengalami kesakitan pada bahagian belakang. Sebenarnya, tiada perkaitan terus di antara organ-organ ini dengan tulang belakang. Maklumat kesakitan yang di hantar melalui saraf ke otak disalah tafsirkan punca kesakitan kerana organ-organ ini mempunyai laluan saraf yang sama dengan struktur tulang belakang. Ini terjadi disebabkan oleh proses pembentukan organ semasa pada peringkat janin lagi. Oleh kerana sistem saraf ini kompleks, proses soal jawab riwayat pesakit dan pemeriksaan teliti oleh doktor dapat membezakan di antara ‘referred pain’ dan sakit yang sebetulnya berpunca daripada struktur tulang belakang.
12. Apakah fungsi tulang belakang?
Tulang belakang merupakan struktur utama yang menyokong badan. Tanpa tulang belakang yang sihat dan sempurna, seseorang itu akan mengalami kesukaran untuk berdiri dan duduk di dalam keadaan tegak dengan selesa. Ia berfungsi untuk menanggung berat badan dan pada masa yang sama mengawal pergerakan badan. Strukturnya yang berkait rapat dengan otot-otot, tendon dan ligamen membenarkan pergerakan seperti membongkok, membengkok badan kesisi dan kebelakang. Rongga-rongga yang terdapat pada tulang belakang membantu melindungi struktur saraf yang sensitif daripada mudah tercedera. Selain dari itu, ia juga melindungi organ-organ lain seperti paru-paru dan jantung dengan kerjasama tulang-tulang rusuk dan sternum. Setiap unit vertebra yang membentuk tulang belakang sebenarnya mempunyai keupayaan untuk membekalkan sel darah merah, sel darah putih dan pembeku darah kerana kehadiran sum-sum tulang pada bahagian badan vertebra. Anda mungkin tidak perasan yang badan kita juga mempunyai sistem penyerap hentak yang kompleks. Fungsi ini ditugaskan kepada pelapik disk yang terdapat di sepanjang tulang belakang diantara dua vertebra. Absorber ini adalah penting kerana bebanan yang melalui setiap unit vertebra akan diserap dan mengelakkan kerosakan pada sendi-sendi yang terdapat pada struktur tulang belakang.
13. Apakah kesan sakit belakang?
Kesan sakit belakang adalah luas skopnya jika hendak dibincangkan secara terperinci. Untuk memudahkan, kesan ini dibahagikan kepada kesan pada pesakit sendiri, kerja dan saudara-mara.
Kesakitan pada bahagian belakang akan mengganggu aktiviti harian. Pergerakkan badan akan selalunya terbatas. Kebanyakkannya pesakit ini mengalami jarak untuk berjalan yang lebih terhad. Ini boleh disebabkan oleh kesakitan dan kekebasan yang dirasai pada bahagian punggung, peha dan betis menjadi semakin bertambah dan ianya berkadar terus dengan jarak pesakit itu berjalan. Pada peringkat yang lebih serius, pesakit boleh mengalami kelemahan pada otot-otot sehingga tidak memungkinkan pesakit melangkah langsung. Pada peringkat awal dan semasa tempoh kesakitan yang singkat, pesakit mungkin boleh menerima keadaan kekurangan tersebut, tetapi jika tempoh sakit itu berlarutan, pesakit akan berasa bosan dan tertekan. Pada peringkat yang lebih serius lagi, pesakit boleh mengalami gangguan kawalan diri untuk membuang air kecil dan besar. Saudara terdekat adalah amat diperlukan pada ketika ini untuk menguruskan segala aktiviti dan keperluan harian pesakit.
14. Apakah kemungkinan kesan sakit belakang terhadap perhubungan sosial pesakit?
Suatu nikmat yang dikurniakan Tuhan adalah kesihatan yang membolehkan kita bekerja dan berhubungan dengan teman sekeliling. Sakit belakang merupakan satu daripada masalah kesihatan yang sentiasa menyebabkan ketidak hadiran ke tempat kerja dan perjumpaan sosial. Pencapaian dan produktiviti individu merosot dan yang paling menyedihkan ia akan menidakkan keupayaan pesakit untuk terus maju di dalam karier malah akan menggugat peluang untuk sebarang kenaikkan pangkat. Persefahaman di antara rakan-rakan di tempat kerja juga adalah penting. Tuduhan-tuduhan seperti malas bekerja dan selalu ponteng adalah suatu aduan yang selalu Doktor dengari daripada pesakit. Perhubungan rakan-rakan yang keruh ini akan memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan proses pemulihan sakit belakang menjadi lebih kompleks.
15. Apakah kemungkinan kesan sakit belakang terhadap ahli keluarga pesakit?
Saudara mara yang merupakan orang yang paling rapat dengan pesakit dan tidak dapat melarikan diri daripada kesan kesakitan kronik yang dihadapinya. Tumpuan sepenuh masa hanya diberikan kepada pesakit, maka aktiviti harian juga akan terjejas. Apatah lagi jika pesakit memerlukan bantuan untuk membuang air kecil dan besar. Kos rawatan juga akan meningkat apabila lebih banyak ubat-ubatan diperlukan untuk melegakan kesakitan. Kadang-kadang, pesakit juga perlu membeli korset untuk melindungi struktur tulang belakang semasa bergerak dan melakukan aktiviti harian. Dan korset perlu dibeli dengan harga yang agak tinggi.
16. Adakah umur mempengaruhi jenis-jenis sakit belakang?
Seperti yang dinyatakan terlebih dahulu, sakit belakang boleh berpunca daripada pelbagai sebab. Sebab-sebab ini pula bergantung kepada umur dan aktiviti pesakit. Kebiasaanya, sakit belakang yang dialami pesakit yang muda berumur di antara 20-30 adalah disebabkan oleh masalah pelapik disk ataupun kerana terdapat kecederaan kepada tulang belakang. Pesakit yang lebih berumur pula kebiasaannya mengalami kesakitan disebabkan oleh proses penuaan tulang belakang. Masalah-masalah lain seperti jangkitan kuman dan penyebaran kanser juga perlu dipastikan dikalangan mereka yang lebih berumur. Oleh itu, kebiasaanya doktor akan mendapatkan riwayat kesihatan dengan lebih lanjut dan menjalankan pemeriksaan yang lebih terperinci.
17. Apakah itu PID?
PID atau nama penuhnya prolapsed intervertebral disc atau dengan bahasa yang mudah bermaksud, pelapik disk telah mengalami kerosakkan yang menyebabkan isikandungan disk iaitu nucleous pulposus terkeluar. Ia boleh menyebabkan tekanan kepada struktur saraf yang terdapat pada struktur rongga tulang belakang. Ia juga dikenali sebagai ‘Slipped Disc’.
18. Apakah factor yang menyebabkan seseorang itu boleh mengidapi PID?
PID kebiasaanya berlaku kepada pesakit yang muda dan menjalani aktiviti fizikal yang kuat. Mereka yang sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti mengangkat objek yang berat boleh terdedah kepada risiko untuk mendapat PID. Di Negara kita, kebanyakkan pesakit terdiri daripada golongan yang melakukan kerja-kerja buruh, mereka yang sedang belajar di institusi pengajian yang sentiasa berpindah-randah setiap kali bertukar semester dan mereka yang menjalani kehidupan sedentari yang kadang-kadang beriadah. Postur badan yang tidak betul ketika mengangkat seperti membongkokkan badan, meletakkan struktur tulang belakang kepada suatu tekanan yang tinggi dan ketika inilah apabila tekanan melebihi keupayaan pelapik disk, ia mengalami kecederaan seperti terkoyak.
19. Apakah tanda-tanda PID?
Kebiasaanya ia berlaku kepada mereka yang belum pernah mengalami sakit belakang. Sakit belakang berlaku secara tiba-tiba selepas pesakit mengangkat sebarang objek yang berat. Sakit ini adalah teruk dan menghalang pesakiti daripada membuat sebarang pergerakkan apatah lagi melakukan aktivit harian. Selepas mengambil rehat buat beberapa hari, kesakitan akan berkurangan. Dan secara perlahan-lahan, pesakit akan dapat melakukan semua aktiviti fizikal seperti biasa. Kesakitan itu juga mungkin hilang terus buat suatu jangkamasa yang lama. Tetapi, apabila pesakit mengulangi aktiviti mengangkat berat, kesakitan yang sama akan berulang. Pada peringkat yang lebih teruk, pesakit akan berasa sakit pada bahagia belakang peha dan betis. Peringkat yang paling ditakuti adalah apabila, kesakitan diiringi dengan kelemahan pada otot-otot yang menyebabkan kesukaran untuk berjalan; rasa kebas pada kaki, mengalami kesukaran untuk mengawal pembuangan air kecil dan besar.
20. Apakah itu sakit belakang diskogenik?
Sakit belakang diskogenik adalah sakit belakang yang berpunca daripada kerosakan pelapik disk. Ia berbeza berbanding dengan PID kerana pelapik disk di dalam keadaan ini tidak rosak teruk sehinggakan kepada peringkat kandungan nucleus pulposus terkeluar dari tempat asalnya. Malah pelapik disk masih mempunyai bentuk dan ketinggian yang asal. Perubahan pada pelapik disk hanyalah kekurangan kandungan air. Oleh kerana itu, sifat kekenyalan disk akan berkurangan dan kebolehupayaan disk untuk menyerap hentak juga akan berkurangan. Oleh itu pemindahan bebanan melalui vertebra dan disk terganggu dan ini mengundang proses radang. Radang pula akan merangsang hujung saraf yang sensitive untuk mencetuskan rasa sakit.
21. Apakah factor yang menyebabkan sakit belakang diskogenik?
Kebanyakkannya pesakit yang mengidapi sakit ini terdiri daripada golongan orang yang muda. Mereka aktif dalam sukan dan melakukan aktiviti fizikal. Walaubagaimanapun, tekanan kepada pelapik disk adalah kurang jika dibandingkan dengan keadaan penyakit PID. Tetapi, adalah perlu difahami, penyakit diskogenik ini sebenarnya berlaku lebih awal daripada penyakit PID. Terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa mereka yang mengalami penyakit diskogenik akan mengalami PID jika penjagaan postur badan dan tiada sebarang precaution diambil.
22. Apakah tanda- tanda seseorang itu mengidapi sakit belakang diskogenik?
Mereka akan mengalami sakit belakang yang menganggu aktiviti harian. Kebanyakkannya, ketidakupayaan untuk menjalani kehidupan yang aktif secara fizikal mendorong mereka berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Perlu diingatkan bahawa, mereka ini tidak mempunyai sebarang sakit pada bahagian punggung, belakang peha atau betis seperti yang dialami oleh pesakit PID.
23. Apakah itu spondylosis?
Penyakit spondylosis merupakan suatu jenis penyakit yang kerap berlaku dikalangan mereka yang berumur. Ia merupakan proses penuaan yang berlaku pada sendi-sendi di struktur tulang belakang. Perubahan yang berlaku pada struktur tulang belakang adalah berkadar terus dengan umur dan tahap penggunaannya. Apabila penggunaannya sudah berpuluh tahun, akan terdapat kerosakan sedikit demi sedikit sehingga pesakit mula berasa simtomnya. Seperti juga dengan kenderaan, setelah penggunaanya bertahun-tahun, enjinnya mula meragam, penyerap hentak mula rosak, malah ada yang langsung tidak boleh dibaiki. Struktur tulang belakang pula mengalami kerosakkan pada struktur disk, iaitu penyerap hentak. Ia mula menjadi nipis dan menyebabkan ketegangan optimum ligamen-ligamen pada sekelilingnya merosot. Ini akan mengundang kepada ketidak-stabilan di antara elemen-elemen tulang belakang. Pergerakkan kecil yang berlaku kerana ketidak stabilan akan mengundang proses tindak balas automatic iaitu struktur tulang belakang sendiri cuba menyesuaikan dan menstabilkan kembali strukturnya. Proses ini melibatkan pembentukan unjuran-unjuran tulang (osteophytes) untuk menambah luas permukaan badan vertebra. Sendi-sendi faset juga akan bertambah besar untuk mengukuhkan pegangan di antara vertebra-vertebra. Ligament flavum juga akan menjadi tebal untuk menguatkan lagi sokongan. Perubahan-perubahan ini menjadikan struktur tulang belakang lebih stabil. Walaubagaimanapun, perubahan-perubahan ini mempunyai kesan yang buruk ke atas sistem saraf. Saraf tunjang yang melalui saluran ditengah-tengah struktur tulang belakang akan berisiko mendapat tekanan daripada perubahan saluran yang semakin sempit. Pembentukkan unjuran-unjuran tulang, pertambahan saiz faset dan perubahan ketebalan ligament flavum menyebabkan saluran saraf di dalam vertebra menjadi semakin kecil. Tekanan kepada saraf ini diterjemahkan kepada pelbagai simtom.
24. Apakah tanda- tanda seseorang itu mengidapi spondylosis?
Tanda-tanda spondylosis itu bergantung kepada peringkat dan proses berlakunya proses penuaan tersebut. Pada peringkat awal kerosakkan disk, pesakit akan mengalami tanda-tanda seperti mereka yang mengalami diskogenik atau PID. Apabila terdapat perubahan kepada ketidak stabilan struktur tulang belakang, pesakit akan mengalami kesakitan di tengah-tengah struktur tulang belakang terutamanya ketika bergerak. Pergerakkan menyebabkan kesakitan. Apabila pesakit berehat, baring, atau tidak bergerak; mereka tidak mengalami sebarang kesakitan. Apabila pesakit cuba beralih kedudukan, atau pun semasa baring, mereka cuba mengiring kekiri atau kekanan; mereka akan berasa sakit.
Pada peringkat yang lebih advanced, di mana proses auto stabil berlaku, pesakit akan mengalami simtom-simtom spinal stenosis atau saraf tersumbat. Pesakit akan berasa sakit pada bahagian punggung atau belakang peha. Tiada lagi kesakitan dirasai pada bahagian tulang belakang. Pesakit tidak berupaya berdiri untuk satu jangkamasa yang lebih lama. Jarak untuk pesakit berjalan juga akan berkurangan. Apabila pesakit berjalan jauh sedikit, pesakit akan berasa sakit pada bahagian punggung, peha dan betis serta berasa kebas dari punggung ke bawah. Malah pada peringkat yang lebih teruk, pesakit juga akan mengalami kelemahan pada otot-otot kaki, betis dan peha untuk melangkah. Kadang kala, ada pesakit mengadu tertinggal selipar semasa berjalan kerana kakinya bertambah kebas selepas suatu jarak perjalanan. Ada juga yang mengadu mereka mudah dan selalu tersepak semasa berjalan.
25. Apakah yang biasanya dilakukan oleh pesakit untuk meredakan simtom-simtom tersebut?
Kebiasaanya, pesakit tahu had masa untuk mereka berdiri atau jarak yang membenarkan mereka berjalan. Kesakitan, rasa kebas dan lemah memaksa mereka duduk. Kebanyakkannya akan berasa lega apabila mereka membongkokkan badan mereka kehadapan. Malah, sesetengah pesakit akan berjalan dengan postur badan bertambah bongkok setelah berjalan pada jarak yang agak jauh.
26. Adakah spondylosis juga boleh berlaku pada tulang leher?
Proses penuaan boleh berlaku di mana sahaja. Tulang leher juga tidak berkecuali. Proses penuaan yang berlaku adalah sama seperti yang berlaku pada tulang belakang bahagian bawah (lumbar). Perbezaannya adalah dari segi simtomnya. Spondylosis pada tulang leher adalah lebih serius kerana saluran saraf yang sempit akan secara terus menekan dan memberikan tekanan kepada saraf tunjang. Pada peringkat awal, pesakit akan mengalami kesakitan pada bahagian belakang leher yang menjalar ke bahagian lengan dan tangan disertai dengan rasa kebas. Pada peringkat yang lebih advanced, tekanan kepada saraf tunjang menyebabkan pesakit hilang imbangan dan koordinasi semasa berjalan atau berdiri. Pesakit berasa mudah untuk tumbang dan susah untuk melangkah.
27. Apakah itu spondylolisthesis?
Spondylolisthesis adalah satu penyakit yang melibatkan ketidak stabilan sendi di antara vertebra. Ia menyebabkan tulang vertebra benganjak kehadapan di atas satu sama lain.
28. Apakah punca spondylolisthesis?
Spondylolisthesis boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Malah seseorang itu boleh mengalami spondylolisthesis sejak dari lahir lagi kerana kecacatan pada struktur tulang vertebra yang berperanan menstabilkan sendi diantara vertebra. Masalah ini juga boleh disebabkan kepatahan ‘pars interarticularis’, terutamanya pesakit yang melibatkan diri dalam sukan gimnastik, mengangkat berat dan penjaga garisan sukan bola sepak. Proses penuaan juga menyebabkan pergerakkan di antara vertebra kerana struktur disk yang nipis mengurangkan ketegangan optimum sistem ligament yang memainkan peranan menstabilkan kedudukan diantara dua vertebra. Ketumbuhan juga boleh melemahkan struktur tulang secara terus dan menyebabkan ketidakstabilan.
29. Apakah tanda-tanda spondylolisthesis?
Pesakit yang mengalami spondylolisthesis akan mempunyai dua set simtom, iaitu simtom ketidakstabilan dan simtom stenosis. Simtom ketidakstabilan adalah kesakitan yang dirasai pada bahagian tengah-tengah tulang belakang ketika melakukan sebarang pergerakkan. Tanda yang paling mudah adalah apabila pesakit baring dan kesakitan dirasai ketika pesakit cuba mengubah posisi kepada mengiring. Simtom stenosis adalah seperti berasa sakit pada bahagian punggung atau belakang peha. Pesakit tidak berupaya berdiri untuk satu jangkamasa yang lebih lama. Jarak untuk pesakit berjalan juga akan berkurangan. Apabila pesakit berjalan jauh sedikit, pesakit akan berasa sakit pada bahagian punggung, peha dan betis serta berasa kebas dari punggung ke bawah. Malah pada peringkat yang lebih teruk, pesakit juga akan mengalami kelemahan pada otot-otot kaki, betis dan peha untuk melangkah.
30. Apakah itu spinal tuberculosis?
Spinal tuberculosis adalah jangkitan TB pada bahagian tulang belakang. TB sebenarnya berasal dari singkatan Tubercle bacillus, iaitu sejenis mycobacteria. Ia boleh menjangkiti manusia dan mengganggu sistem saraf, pernafasan, gastrousus, sendi dan tulang. TB merebak melalui udara dan dibebaskan oleh individu aktif TB melalui bersin, batuk dan air ludahan. Jangkitan TB pada tulang belakang kebiasaanya berlaku sebagai jangkitan kedua iaitu pengaktifan semula dari TB paru-paru setelah pesakit mengalami kelemahan sistem imunisasi yang disebabkan oleh penyakit diabetes, pengambilan steroid berpanjangan dan AIDs. TB akan menyerang bahagian badan vertebra berdekatan dengan pelapik disk. Kerosakan boleh berlaku sehingga keseluruhan pelapik disk hilang, badan vertebra rosak dan runtuh remuk dan pembentukkan nanah pada bahagian di depan kepada vertebra. Pesakit akan menjadi bongkok kerana kerosakkan kepada vertebra dan disk menyebabkan ketidak stabilan struktur tulang belakang.

31. Apakah tanda-tanda seseorang itu mengalami TB tulang belakang?
Symptom TB tulang belakang boleh dibahagikan kepada simtom general dan simtom khusus. Simtom general adalah termasuklah, hilang selera makan, susut berat badan, berasa tidak sihat, berpeluh pada waktu malam dan batuk berpanjangan. Simtom khusus pula berasal dari struktur tulang belakang itu sendiri. Kerosakan dan radang yang berlaku pada tulang belakang mencetuskan rasa sakit yang berterusan. Kebanyakkannya, kesakitan itu tetap berlaku semasa pesakit baring berehat. Ia mengganggu tidur pesakit. Pada peringkat yang lebih advanced, kerosakkan yang berlaku menyebabkan ketidakstabilan pada struktur tulang belakang. Ketidakstabilan akan menyebabkan pesakit berasa sakit semasa bergerak atau mengubah posisi belakang. Pada peringkat yang lebih teruk, ketidakstabilan menyebabkan kecacatan pada tulang belakang seperti bongkok atau skoliotik (tulang belakang bengkok kesebelah sisi). Kecacatan ini juga boleh menyebabkan kerosakkan atau tekanan kepada saraf. Kadang-kadang, tanpa kecacatan tulang belakang, pembentukan nanah dari hasil tindak balas TB dengan sistem imuniti badan, ia boleh juga mengenakan tekanan kepada saraf. Pesakit akan mengidapi tanda-tanda saraf ditekan seperti berasa kebas di kaki, lemah pada otot-otot kaki yang menghalang pesakit bergerak dan gangguan kepada fungsi pembuangan najis dan air kencing. Pesakit juga tidak semestinya mempunyai kedua-dua simtom khusus dan general pada satu-satu masa.
32. Apakah jenis kecederaan tulang belakang yang boleh berlaku akibat jatuh atau kemalangan jalan raya? Kategori kepada patologikal atau hanya trauma
Secara umumnya kecederaan pada tulang belakang boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu patologikal ataupun trauma. Kecederaan tulang belakang patologikal adalah sebarang kerosakkan kepada struktur tulang belakang yang berlaku kerana daya trauma yang kecil dan struktur tulang belakang itu sendiri telah pun mengalami kerosakkan terlebih dahulu yang disebabkan oleh sebarang jangkitan tulang, kanser, osteoporosis atau pengambilan steroid yang berlebihan. Kemalangan kecil seperti terjatuh kerana tergelincir, jatuh dari 2-3 anak tangga boleh menyebabkan kecederaan tulang belakang kepada struktur yang telah mengalami proses patologi seperti yang tersebut. Kecederaan tulang belakang yang sebetulnya trauma pula kebiasaanya berlaku kerana terjatuh dari tempat tinggi seperti terjatuh dari pokok atau dari atap rumah; kemalangan pula yang melibatkan impak yang besar dan kelajuan yang tinggi. Dari aspek ‘range’ kerosakan yang boleh berlaku pada struktur tulang belakang, kerosakkan boleh hanya berlaku kepada struktur ligament atau kerosakkan pada struktur tulang. Apa yang membimbangkan adalah ketidakstabilan yang boleh berlaku yang boleh mendatangkan rasa sakit dan kerosakkan pada struktur saraf.
33. Apakah itu facet arthritis?
Facet arthritis adalah satu penyakit yang disebabkan oleh proses penuaan pada sendi faset yang kebiasaannya berlaku pada sendi lutut dan pinggul. Sendi faset dikategorikan sebagai sendi sinovium sama seperti sendi lutut dan pinggul. Proses penuaan melibatkan penghasilan sejenis bahan kimia yang dinamakan interleukin yang menyebabkan kerosakkan pada lapisan rawan pada sendi faset. Kerosakkan ini menyebabkan lapisan tulang dibawah rawan tersebut terdedah dan sensitive kepada kesakitan.
34. Apakah tanda-tanda penyakit faset arthritis?
Kebanyakkan pesakit yang mempunyai masalah penuaan faset atau faset arthritis, mereka akan mengadu sakit belakang yang bertambah teruk apabila mereka melentingkan badan kebelakang atau memusingkan badan pada pinggang kearah kiri dan ke kanan. Oleh itu, selalunya pesakit perlu memusingkan keseluruhan badannya kekiri atau kekanan jika ingin mengubah arah penglihatan. Kesakitan ini adalah selalunya boleh ditentukan lokasinya dengan tepat. Ia tidak diiringi dengan rasa sakit yang menjalar ke punggung atau ke kaki seperti masalah prolap disk. Walau bagaimanapun, apabila tahap penuaan sendi faset yang lebih teruk, saluran-saluran saraf yang terdapat pada vertebra akan menjadi sempit. Maka tekanan kepada struktur saraf akan membawa kepada kesakitan yang menjalar ke punggung atau betis. Pesakit juga akan mengalami kesakitan dan kepayahan untuk berdiri tegak dan bangun dari duduk atau tidur apabila sendi faset mengalami radang. Pengesahan diagnosis ini adalah melalui pertanyaan riwayat pesakit, pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan radiology. Suntikan ubatan bius atau steroid kedalam sendi faset akan menghilangkan kesakitan dan ia menjadi ujian pengesahan yang penting.
35. Bagaimanakah faset arthritis dirawat?
Faset arthritis boleh dirawat pada peringkat awal dengan mengelakkan pergerakkan badan yang menyebabkan cetusan sakit daripada sendi faset, seperti pergerakkan memusingkan pinggang yang kerap, mengangkat objek berat atau melentingkan tulang belakang kebelakang. Ubat-ubatan anti radang dan senaman untuk menguatkan otot-otot belakang adalah rawatan peringkat awal yang dihulurkan kepada pesakit. Suntikan ubatan bius dan steroid juga digunakan secara terus kepada sendi faset. Walaubagaimanapun risiko untuk pesakit mengalami kesakitan yang berulangan adalah tinggi. Satu lagi rawatan yang boleh dihulurkan kepada pesakit adalah dengan teknik rizotomy yang menghentikan fungsi saraf yang membawa maklumat kesakitan dari sendi. Ianya boleh dilakukan dengan menggunakan haba ablasi radiofrekuensi. Pada peringkat faset arthritis yang lebih teruk yang melibatkan tekanan kepada struktur saraf, pembedahan adalah satu-satunya rawatan.
36. Apakah itu Ankylosing Spondylitis?
Penyakit Ankylosing Spondylitis adalah sejenis penyakit radang kronik yang disebabkan oleh sistem imuniti pesakit menjadi tidak terkawal dan merosakkan anggota badan sendiri. Ia menyerang sendi-sendi pada struktur tulang belakang dan persendian di antara tulang belakang dan tulang pinggul. Kesan terakhir pada sendi-sendi ini adalah percantuman sendi-sendi yang mengakibatkan tulang belakang yang terbentuk daripada persendian vertebra-vertebra menjadi hanya satu struktur sahaja. Tiada lagi pergerakkan yang akan berlaku di sepanjang struktur tulang belakang. Kesakitan pada bahagian belakang adalah lebih dirasa apabila pesakit berehat dan pergerakkan mengurangkan kesakitan. walaubagaimanapun, kebanyakkan pesakit mengalami sakit belakang pada setiap masa.
Penyakit ini kebiasaannya berlaku kepada pesakit lelaki dengan nisbah 3:1 lebih kerap berbanding perempuan. Pesakit akan mengadu rasa lenguh pada bahagian belakang yang juga digambarkan sebagai struktur belakang menjadi keras (stiff). Penyakit ini juga mengiringi radang pada mata yang menyebabkan mata menjadi merah, kabur penglihatan dan kesilauan yang teramat. Pesakit berasa penat dan keseluruhan badan menjadi letih kurang bertenaga. Pesakit juga boleh diiringin dengan radang pada saluran utama jantung, aortitis; dan kerosakkan paru paru, apical lung fibrosis.
37. Bagaimanakah penyakit ini boleh disahkan?
Penyakit ini boleh disahkan melalui pemeriksaan fizikal oleh doktor. Ujian Schober yang memerlukan pesakit membongkok kehadapan akan menunjukkan bahagian belakang pesakit menjadi rata secara mendatar. Pada orang yang sihat, bahagian belakang akan melengkung ke atas apabila membongkok. Pemeriksaan radiology seperti xray, akan menunjukkan struktur tulang belakang bercantum menjadi satu seperti batang buluh, ‘bamboo spine’. Tetapi tanda-tanda pada xray selalunya lewat untuk kelihatan, lebih kurang 8 tahun selepas penyakit ini bermula. Ujian-ujian darah seperti CRP dan ESR akan menggambarkan proses radang yang aktif berlaku di dalam badan. Satu ujian darah khusus iaitu HLA B27 mengaitkan perhubungan genetic dengan penyakit ini. Walaupun bukan spesifik, mereka yang mempunyai genetic ini mempunyai risiko yang lebih tinggi di dalam populasi untuk mengidapi ankylosing spondylitis.
38. Apakah rawatan Ankylosing Spondylitis?
Setakat ini, tiada rawatan yang boleh merawat penyakit ini sepenuhnya. Segala cara rawatan yang diperkenalkan adalah unutk mengurangkan segala gejala dan kesakitan. Senaman fizikal bersama dengan ubatan anti radang dan penahan sakit adalah rawatan utama. Penggunaan alat seperti tongkat boleh membantu pesakit mengimbangi badan semasa berjalan dan mengurangkan tekanan pada sendi-sendi dan seterusnya mengurangkan kesakitan. kajian telah menunjukkan bahawa pengamalan postur badan yang sihat dapat mengelakkan cantuman struktur tulang belakang. Ubatan seperti DMARD diperkenalkan untuk mengubah proses semulajadi penyakit ini dan ianya bertindak dengan melemahkan sistem imuniti pesakit. Ia menunjukkan pengurangan kesan jangka panjang penyakit ini secara signifikasi walaupun tidak mampu menyembuhkan sepenuhnya. Pembedahan hanya disyorkan apabila kecacatan struktur tulang dan sendi menghalang pesakit bergerak dan apabila kecacatan yang berlaku mengganggu fungsi asas seseorang pesakit seperti berjalan dan melihat kehadapan. Pembedahan yang biasa dilakukan adalah penukaran sendi peha dan pembedahan tulang leher.
39. Apakah itu spine metastases?Spine metastases adalah penyakit pada struktur tulang belakang yang berpunca daripada kanser organ. Kanser organ ini mempunyai kecenderungan untuk menyebarkan sel-selnya dan berkembang pada tempat-tempat lain di dalam badan. Tulang belakang adalah satu daripada struktur yang paling kerap menerima sel-sel barah. Sel-sel barah ini akan berkembang dan bertambah dari segi bilangan dan saiz dari satu masa ke satu masa. Kebanyakkannya doktor dapat mengesan penyebaran kanser ke tulang belakang secara tidak segaja ataupun apabila penyakit kanser sudah berada pada peringkat yang lebih advanced.
40. Kenapakah struktur tulang belakang cenderung kepada penyebaran sel-sel kanser?
Struktur tulang belakang kita mempunyai sistem saluran darah yang dikenali Batson Plexus. Sistem ini mempunyai perhubungan jaringan saluran darah dengan sistem kelenjar tiroid, paru-paru, gastrousus, sistem pembiakkan dan prostat. Organ-organ ini pula mempunyai kemungkinan untuk menjadi kanser, dan melalui sistem saluran darah inilah sel-sel barah boleh dipindahkan kepada struktur tulang belakang. Jaringan salur darah adalah paling padat pada bahagian badan vertebra, maka struktur inilah yang paling awal mendapat sel-sel barah di dalam keseluruhan sistem tulang belakang.
41. Apakah tanda-tanda spine metastases?
Spine metastases boleh meyebabkan seseorang itu mengalami kesakitan pada bahagian tulang belakang pada setiap masa. Tanda yang mungkin paling penting adalah kesakitan ini tidak akan berkurangan semasa berehat. Aktiviti fizikal akan menambahkan lagi kesakitan. Pada masa yang sama, pesakit juga akan berasa tidak sihat, hilang selera makan dan mengalami kemerosotan berat badan. Pada peringkat yang lebih advanced, sel-sel barah yang sudah meningkat ini akan menyebabkan kerosakkan pada vertebra dan berkemungkinan pula pesakit mengalami ketidakstabilan pada struktur tulang belakang. Pada peringkat ini, pesakit akan berasa kesakitan yang significant semasa mengubah sebarang posisi badan. Selain daripada ketidak stabilan, struktur tulang yang mengalami penyebaran sel tulang belakang akan merosot dari segi kekuatan struktur. Ini akan mengundang kepada kepatahan tulang belakang yang seterusnya boleh membahayakan struktur saraf tunjang. Sebilangan besar pesakit hanya mendapatkan pemeriksaan doktor ketika mengalami kelemahan sistem otot rangka pada kaki yang disebabkan oleh tekanan pada struktur saraf yang berpunca daripada penyerakkan kanser pada tulang belakang.
42. Apakah itu sciatica?
Sciatica adalah kesakitan yang dialami oleh pesakit yang mengiringi kesakitan pada bahagian belakang. Ia adalah satu simtom khusus yang berlaku akibat daripada tekanan pada struktur saraf. Secara spesifiknya, kumpulan saraf-saraf yang telah bercabang keluar daripada struktutur saraf tunjang bergabung membentuk saraf sciatic. Saraf ini membekalkan fungsi kawalan motor dan deriap pada bahagian peha dan betis. Sebarang tekanan pada saraf ini boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang peha dan betis. Secara spesifik pula, kesakitan itu boleh di tunjukkan dengan jelas akan kedudukan dan tempat sakit. Kebiasaanya pesakit boleh menunjukkan dengan jari aliran sakit tersebut. Kesakitan tersebut digambarkan sebagai kesakitan neurogenik seperti telah dibincangkan iaitu sakit bercirikan pedih, tajam atau panas. Sciatica boleh berlaku kerana saraf sciatic mengalami tekanan daripada disk yang prolapsed ataupun unjuran-unjuran pembentukkan tulang akibat daripada proses penuaan.
43. Bilakah saya perlu menemui doktor?
Kebiasaanya, pesakit akan menemui doktor apabila kesakitan pada bahagian belakang berlaku secara berterusan. Perlu diingati bahawa kesakitan pada bahagian belakang ini adalah sesuatu yang biasa. Adalah dipercayai bahawa semua orang mengalami sakit belakang. Cuma tahap serius dan tempoh masa mungkin berbeza dari seseorang. Malah ‘treshold’ kesakitan bagi setiap individu adalah berbeza. Maka secara umumnya, kesakitan pada bahagian belakang perlu mendapatkan pemerikasaan doktor apabila kesakitan itu berterusan sehingga 7-10 hari. Walaubagaimanapun, ada beberapa tanda yang memerlukan pemeriksaan yang lebih awal. Kesakitan yang diiringi oleh kehilangan selera makan, demam, kemerosotan berat badan dan kesakitan pada sebelah malam yang tidak reda dengan rehat atau tidur memerlukan pemerhatian dan pemeriksaan yang serius. Sebarang insiden trauma seperti jatuh dan kemalangan juga memerlukan pemeriksaan serta-merta. Kesakitan belakang yang diiringi oleh gangguan fungsi saraf seperti berasa kebas pada anggota badan atau berasa lemah pada kaki dan tangan atau kadang-kadang pesakit menggambarkan berasa berat untuk melangkah juga memerlukan pemeriksaan awal.
44. Apakah yang dimaksudkan dengan bendera merah?
Bendera merah selalu dilihat sebagai penting, cemas dan segera. Di dalam aspek kesakitan belakang ini, bendera merah adalah tanda- tanda yang boleh memberitahu kita supaya pemeriksaan doktor perlu disegerakan. Secara ringkas diulangi: susut berat badan, hilang selera makan, demam, sakit pada waktu malam, trauma dan gangguan fungsi saraf.
45. Apakah yang akan dilakukan oleh doktor?Pemeriksaan riwayat sejarah pesakit. - steps of history, examination, radiological examination and bloos investigation?
Kebiasaanya, doktor akan bertanyakan mengenai kesakitan yang dialami secara lebih terperinci. Aspek jenis kesakitan, lokasi, factor-faktor yang boleh mempengaruhi sakit. Tempoh sakit akan diperiksa untuk menentukan apakah diagnosis yang paling tepat. Pada masa yang sama, perihal-perihal lain yang berkaitan seperti komplikasi yang telah terbentuk akibat daripada sakit belakang, factor-faktor risiko seperti genetic, pekerjaan dan aktiviti pesakit, tahap aktiviti pesakit yang mampu dilakukan dan halangan-halangan di dalam aktiviti rutin harian. Segala jenis rawatan yang telah diterima pesakit termasuklah rawatan yang diperolehi oleh doktor-doktor di klinik swasta dan pembelian ubat-ubatan dari farmasi. Doktor juga akan bertanya setakat manakah pesakit memahami masalah kesihatan yang dialaminya dan apakah harapan pesakit di dalam proses menerima rawatan.
46. Apakah yang akan dilakukan oleh doktor? Pemeriksaan fizikal.
Semasa pemeriksaan fizikal, keadaan kesihatan pesakit secara keseluruhan dilihat. Sebarang masalah kesihatan yang sistemik akan diperiksa dan diselidik. Dan sebarang hubungkait dengan kesakitan pada bahagian belakang cuba dikaitkan. Setelah itu, tanda-tanda vital akan diperiksa seperti nadi, tekanan darah, kadar pernafasan. Pada struktur belakang pula, sebarang kesakitan pada struktur tulang belakang secara spesifik dilihat, otot-otot yang mengiringi tulang belakang ditekan untuk tanda-tanda sakit dan kekejangan. Sebarang kecacatan pada struktur belakang dapat dilihat atau dirasai dengan pemeriksaan sentuhan. Pesakit akan disuruh untuk mengerakkan membengkokkan badan kesebelah, membongkok kedepan dan kebelakang. Sebarang halangan terhadap pergerakkan kerana sakit boleh mencadangkan beberapa diagnosis. Seterusnya, doktor akan melengkapkan pemeriksaan dengan pemeriksaan sistem saraf pada bahagian anggota kaki dan tangan. Ini adalah kerana, sebarang kemerosotan fungsi saraf seperti deriai sentuhan, kekuatan otot rangka, koordinasi pergerakkan dan sendi akan dapat diperlihatkan semasa pemeriksaan ini. Fungsi saraf secara spesifik kepada level bahagian tulang belakang tertentu boleh membantu doktor memberikan perhatian sepenuhnya kepada bahagian tersebut. Secara keseluruhannya, daripada pemriksaan tersebut, doktor dapat melihat kemungkinan diagnosis, komplikasi yang berlaku seiring dengan penyakit dan fungsi asas yang dapat dilakukan oleh pesakit.
47. Apakah yang akan dilakukan oleh doktor? Siasatan pemeriksaan darah.
Kebiasaanya, doktor akan melengkapkan pemeriksaan ke atas pesakit dengan mengambil darah untuk pemeriksaan makmal. Rutinnya, darah akan diperiksa untuk mendapatkan gambaran secara keseluruhan kesihatan pesakit. Jumlah darah merah menjelaskan pengambilan makanan secara kasar dan kesihatan sistem pembentukan darah. Penyakit yang kronik seperti TB dan kanser, kebiasaanya diiringi dengan jumlah darah merah yang rendah. Sel darah putih juga dilihat jumlahnya dan pecahan jenis-jenisnya untuk membantu memastikan tiada jangkitan kuman berlaku atau jika terdapat, jenis jangkitan kuman juga boleh ditentukan samada bacteria atau virus. Kelikatan darah boleh diukur atau dengan nama lain ESR, erythrocyte sedimentation rate. Kebiasaanya bacaan ESR adalah dalam lingkungan 5-10 untuk lelaki dan 10-15 untuk wanita. Walaubagaimanapun, nilai ini boleh bertambah sedikit jika umur pesakit meningkat. Sebarang jangkitan virus yang menyebabkan selsema atau batuk boleh menyebabkan nilai ESR menjadi tinggi. Tetapi di dalam kes TB, ESR boleh menjadi tinggi, tetapi jarang melebihi nilai 100. manakala di dalam kes kanser, nilai ESR boleh melebihi 100. terdapat banyak lagi ujian darah yang boleh mengesan enzim didalam darah yang kebiasaanya dirembeskan oleh tisu badan apabila ia rosak disebabkan oleh jangkitan kuman atau kanser. Enzim ALP (alkaline phosphatase) yang tinggi boleh mengesyorkan kerosakan pada sistem tulang. Pada keadaan biasa, ALP juga mempunyai bacaan kerana ia dirembeskan semasa proses semulajadi pembentukkan tulang. Jumlah kalsium di dalam badan juga diperiksa kerana kerosakkan pada tulang boleh diiringi dengan jumlah kalsium yang sangat tinggi dan membahayakan nyawa pesakit. Terdapat banyak lagi ujian darah untuk mengesan abnormaliti sistem organ yang boleh mencadangkan kanser yang telah merebak ke bahagian tulang belakang.
48. Apakah yang akan dilakukan oleh doktor? Siasatan pemeriksaan radiology.
Untuk melengkapkan pemeriksaan, doktor akan memohon pemeriksaan radiology yang terdiri daripada xray, CT Scan, Bone Scan, MRI dan myelogram. Walaubagaimanapun, tidak semua jenis pemeriksaan radiology dilakukan. Setiap pemeriksaan adalah dipilih berdasarkan kepada keperluan dan kesan sampingan yang perlu diimbangi dengan kelebihan pemeriksaan radiology untuk membantu mendapatkan diagnosis yang tepat beserta memberi idea perancangan untuk rawatan.
49. Apa maklumat yang boleh diketahui daripada x-ray?
Xray adalah satu prosedur pemeriksaan radiology yang asas dan amat berguna untuk fungsi imbasan. Secara kasarnya, prosedurnya ringkas yang melibatkan pemancaran sinar radiasi menerusi anggota badan ke atas filem. Struktur yang keras dan padat akan menyerap sinaran radiasi. Otot-otot dan tisu tidak menyerap sinaran ini lalu ia membenarkan jumlah radiasi yang banyak menerusinya dan jumlah radiasi yang diterima oleh filem adalah tinggi berbanding dengan struktur yang keras seperti tulang. Apabila filem diproses, bahagian filem yang mendapat sinaran radiasi yang tinggi akan dilihat gelap manakala bahagian yang mendapat sinaran yang lebih sedikit akan dilihat cerah. Oleh itu, kita akan dapati tulang rangka akan berwarna cerah berbanding dengan tisu, otot-otot dan udara. Sebarang perubahan kepada ketumpatan tulang yang disebabkan kerosakan oleh jangkitan tulang atau kanser ataupun osteoporosis akan dapat dilihat kerana perbezaan ketumpatan warna cerah tadi akan mudah kelihatan.
50. Adakah pemeriksaan xray itu selamat?
Pemeriksaan xray seperti yang telah diketahui melibatkan sinaran radiasi melalui tubuh badan pesakit. Radiasi selalu dibimbangi kerana pendedahan kepadanya boleh meningkatkan risiko kanser. Walaubagaimana pun, secara prinsip rawatan, risiko kecil diambil adalah lebih baik berbanding dengan faedah maklumat yang diperolehi daripada prosedur xray itu sendiri dalam membantu proses rawatan. Kajian telah menunjukkan bahawa jumlah radiasi yang didedahkan kepada pesakit semasa xray dada adalah bersamaan dengan jumlah radiasi yang diterima badan daripada alam sekitar setelah 10 hari. Maka dari segi perbandingan ini risikonya adalah sangat sedikit. Radiasi melalui ctscan adalah jauh lebih tinggi iaitu bersamaan dengan 3 tahun pendedahan kepada radiasi dari sekitar walaupun risikonya pun rendah.
51. Apa maklumat yang boleh diketahui daripada CT scan?
Ct Scan merupakan teknik pemeriksaan radiology yang lebih maju berbanding dengan pemeriksaan x-ray. Prinsip sains yang diguna-pakai adalah sama iaitu dengan pemancaran sinaran radiasi menerusi tubuh badan. Walaubagaimanapun, CT Scan adalah berbeza kerana sinaran radiasinya dikawal untuk menerusi badan melalui 2 axis. Dengan perkembangan teknologi dan pengetahuan digital, imej yang terhasil daripada 2 axis ini boleh dimanipulasikan untuk mendapatkan imej 3 dimensi. Oleh itu, CT scan adalah lebih baik daripada x-ray kerana ia boleh memberikan gambaran sebarang kerosakan pada sistem tulang rangka pada peringkat yang lebih awal berbanding dengan x-ray. Sebarang kerosakan yang kecil, yang kebiasaanya tidak dapat dilihat pada xray pada peringkat awal mungkin dapat dilihat pada ctscan. Ctscan juga boleh memberikan idea tahap keseriusan kerosakan pada struktur tulang kerana isipadu tulang itu boleh diukur dengan menggunakan perisiannya. Walaubagaimanapun, pesakit perlu mengetahui bahawa tahap radiasi yang digunakan adalah lebih tinggi berbanding dengan xray biasa. Pun begitu, ianya tidak merbahaya untuk kegunaan perubatan.
52. Apa maklumat yang boleh diketahui daripada MRI?
MRI adalah satu pemeriksaan radiology yang agak canggih dan moden. Ia menggunakan medan magnet yang boleh menyusun atur atom-atom molekul pada badan. Seterusnya ia diproses kepada imej dengan menggunakan perisian computer. Kelebihan MRI adalah ia tidak menggunakan sinaran radiasi yang dibimbangi seperti xray atau ctscan. Malah ia boleh memberikan gambaran yang menyeluruh dari cecair, tisu, tulang dan saraf. Maka, dalam kes-kes tekanan pada saraf yang disebabkan oleh kemalangan ataupun proses penuaan, MRI adalah satu prosedur radiology yang paling baik untuk menggambarkan masalah yang sebenar di dalam bentuk imej. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan pada MRI. Kos pemeriksaannya lebih mahal berbanding dengan ctscan atau xray. Sebarang bentuk implant seperti besi atau skrew yang telah di pasang pada pesakit diatas sebarang alasan seperti rawatan kemalangan atau klip yang dipasang pada saluran darah perlu dibuang terlebih dahulu kerana ia boleh membahayakan nyawa pesakit dengan menanggalkan klip atau menyentap skrew melalui medan magnetnya yang tinggi. Permintaan terhadap pemeriksaan MRI yang meningkat dibandingkan dengan bilangan kemudahan yang ada, pesakit kebiasaanya perlu menunggu giliran temujanji yang agak lama.
53. Apa maklumat yang boleh diketahui daripada myelogram?
Myelogram merupakan satu lagi pemeriksaan radiology. Pemeriksaan ini juga melibatkan pengimbasan ctscan seperti biasa, tetapi sejenis ubatan kontras cecair disuntik kedalam ruang di tulang belakang. Kontras ini akan memberikan imej tekanan pada saraf yang jelas berbanding dengan ctscan biasa. Walaubagaimanapun, kelebihannya masih belum mampu menandingi MRI. Prosedur pemeriksaan radiology ini menjadi sangat berguna terutamanya bila ia melibatkan pesakit yang tidak dapat melalui pemeriksaan MRI seperti mereka yang mempunyai klip saluran darah atau sebarang implant yang tidak mungkin dapat dikeluarkan daripada badan pesakit.
54. Apa maklumat yang boleh diketahui daripada bone scan?
Pemeriksaan bone scan adalah satu pemeriksaan radiology yang menyeluruh. Pemeriksaan ini melibatkan suntikan ubatan yang dilekatkan bersama radioisotope atau bahan radiasi yang boleh di kesan melalui pengimbas. Ubatan ini akan tertarik kepada proses pembentukan tulang yang berlaku akibat daripada sebarang proses kerosakan tulang. Secara tidak langsung ubatan ini akan menunjukkan kawasan pada bahagian badan yang mengalami masalah pada tulang. Bahan radioisotope yang dilekatkan bersama akan menunjukkan taburan masalah tulang pada imej bagi keseluruhan badan kita. Oleh itu ianya sesuai untuk melihat sebarang penyebaran kanser pada tulang yang kebiasaanya boleh berlaku pada sebarang tulang di badan kita ini.
55. Apakah kefahaman jenis sakit membantu saya dalam rawatan?
Mengetahui anda sakit membantu anda untuk mengetahui lebih mendalam mengenai satu-satu penyakit itu. Dengan pengetahuan yang lebih mendalam, anda dapat menerima dan mempertimbangkan cadangan- cadangan rawatan yang bersesuaian dengan anda. Kepatuhan anda kepada pengambilan ubat mengikut jadual akan menjadi lebih baik sekiranya anda faham mengenai masalah kesakitan anda dan kaedah mana ubat-ubatan yang diambil memberikan kesan di dalam rawatan. Rawatan terapi seperti pemanasan dan senaman juga akan lebih membantu kerana rawatan ini lebih berjadual maka, pemahaman mengenai sains disebalik kaedah rawatan memberikan motivasi untuk pesakit terus mengikuti rawatan yang disyorkan. Mengetahui spectrum penyakit yang berkaitan dan tanda-tanda extrem boleh memberikan pesakit satu kaedah pengawasan. Anda mungkin akan datang mendapatkan rawatan yang lebih awal jika sesuatu tanda atau simtom itu adalah serius dan berkaitan dengan sakit anda.
56. Apakah itu fisioterapi?
Fisioterapi adalah sejenis rawatan yang bertujuan untuk membentuk, mengekalkan dan mengembalikan kebolehan bergerak pada anggota badan dan seterusnya memaksimumkan fungsi anggota. Rawatan ini akan diberi apabila fungsi badan terganggu kerana proses penuaan, kecederaan, penyakit dan pelbagai factor sekitar. Skop rawatan pula luas dan meliputi fungsi fizikal, psikologikal, emosi dan social. Jenis rawatan fizikal pula terbahagi kepada senaman dan penggunaan alatan moden untuk mengurangkan sakit. Walaupun nampak mudah, ia melibatkan interaksi doktor-pesakit dan pengendali terapi. Pengendali terapi yang bertugas pula mempunyai kemahiran yang khusus dan berpengalaman untuk menilai tahap kesakitan dan ‘limitation’ sesuatu fungsi fizikal. Pengalaman dan pengetahuan ini akan dipadankan pula dengan penilaian yang telah dibuat terlebih dahulu oleh doktor yang merawat. Fisioterapi adalah satu rawatan yang diketengahkan kerana ia memberikan pilihan kepada pesakit kepada rawatan yang sedia ada selain dari ubat-ubatan dan pembedahan. Malah pada sesetengah keadaan penyakit, rawatan fisioterapi sudah memadai sebagai rawatan utama.
57. Bagaimanakah fisioterapi pemanasan membantu?
Pemanasan pada bahagian yang sakit sangat membantu dari aspek melegakan kesakitan. Rawatan tradisional seperti bertuku yang telah diperkenalkan oleh nenek moyang kita dahulu sememangnya mempunyai penjelasan sains di atas keberkesanannya. Pemanasan menyebabkan salur darah mengembang dan saluran-saluran darah yang tertutup laluannya kerana injap akan terbuka. Ini menyebabkan pengaliran darah setempat akan meningkat. Peningkatan ini akan mempercepatkan aliran darah. Seperti yang telah dijelaskan terlebih dahulu, rasa sakit dicetus oleh bahan kimia yang dirembeskan kedalam tisu dan darah. Maka apabila aliran darah lancar, bahan kimia pencetus sakit tadi akan dibawa ke dalam keseluruhan sistem saliran darah yang mengakibatkan kepekatannya pada tempat yang sakit tadi berkurangan. Dengan itu cetusan rasa sakit akan berkurangan. Pemanasan juga merangsang sistem saraf yang pada kawasan sakit tadi dan akan mengaburi rangsangan sakit. Otak kita diprogramkan untuk berasa sentuhan dan panas lebih daripada rasa sakit. Ini dijelaskan seperti contoh anda digigit nyamuk. Biasanya anda akan menggaru atau menggosok pada kawasan gigitan tersebut. Rasa pedih gigitan akan lenyap kerana rasa gosokkan atau garu tadi lebih dominant. Fisioterapi pemanasan ini akan membantu pesakit mengurangkan sakit dan seterusnya membantu pesakit mengikuti terapi senaman yang lebih khusus.
58. Apakah contoh rawatan pemanasan?
Rawatan terapi pemanasan adalah seperti penggunaan terapi gelombang pendek, pad panas, lilin cair, beg air panas dan kain lembab yang panas. Pesakit juga sebenarnya boleh mempelajari kaedah penyediaan elemen pemanasan yang ringkas ini seperti kain dan pad air panas supaya rawatan terapi ini masih boleh diteruskan di rumah. Terdapat pelbagai modality lain lagi yang lebih canggih seperti inteferen, laser dan ultrasound yang memberikan kesan fisiologi yang sama.
59. Adakah terapi pemanasan adalah sesuai untuk semua keadaan penyakit?
Adalah penting untuk pesakit mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan pemanasan memandangkan terapi ini mudah dan boleh dilakukan di rumah. Penyakit yang serius seperti kanser yang telah merebak ke tulang belakang dan jangkitan kuman seperti Tuberkulosis (TB) adalah penyakit yang mesti dielak daripada rawatan terapi pemanasan. Pemanasan yang menyebabkan peningkatan aliran darah akan memburukkan keadaan dengan menyebarkan kanser dan jangkitan kuman ke bahagian badan yang lebih jauh dan meluas.
60. Bagaimanakah fisioterapi senaman membantu?
Terapi senaman khusus untuk sakit belakang adalah banyak jenis. Tetapi secara keseluruhannya, semua terapi senaman ini berkongsi objektif yang sama. Ia menguatkan otot-otot di sekitar tulang belakang, otot-otot punggung dan abdomen. Kekuatan otot-otot ini akan memberikan sokongan yang kuat dan menstabilkan tulang belakang kerana otot-otot kuat ini akan bertindak sebagai pemakaian bengkung yang dinamik. Kestabilan secara langsung membenarkan mobility yang baik pada sempadan persendian lumbar dan sacrum. Senaman juga akan meluaskan lorong laluan saraf di antara tulang belakang dan pada laluan utama saraf tunjang (intervertebral foramen dan spinal kanal).
61. Apakah contoh rawatan senaman yang biasanya dipraktis?
Untuk rawatan terapi kesakitan berasal daripada tulang belakang, senaman Williams dan Mc Kenzie adalah paling popular. Senaman Williams adalah khusus kepada penyakit penuaan sendi faset, keadaan saluran saraf tunjang yang sempit dan vertebra yang berganjak tempat (spondylolisthesis). Senaman ini melibatkan pesakit membengkokkan badan seperti udang. Senaman Mc Kenzie pula memerlukan pesakit memposisikan badan kepada meniarap dan melentingkan badan kebelakang. Senaman ini adalah khusus kepada disk yang terkeluar dan menekan saraf atau prolapsed disc (PID).
62. Keadaan bagaimanakah yang tidak boleh dirawat dengan menggunakan terapi senaman?
Terapi senaman boleh mendatangkan kemudaratan jika pemilihan indikasi penyakit yang tidak tepat. Penyakit yang memerlukan senaman Williams tidak boleh menjalani senaman Mc Kenzie dan begitulah sebaliknya. Keadaan seperti kecederaan pada tulang belakang yang menyebabkan ketidak-stabilan pada strukturnya tidak boleh menjalani terapi senaman terutamanya pada peringkat yang lebih awal. Kepatahan tulang belakang yang disebabkan oleh kanser dan osteoporosis juga tidak dibenarkan menjalani terapi senaman.
63. Bagaimanakah terapi tarikan atau ‘traction’ membantu?
Terapi traction atau tarikan adalah terdiri daripada komponen pemakaian tali pinggang khusus yang memegang tulang pinggul dan disambungkan kepada mesin yang berkuasa untuk menarik pinggul. Pada masa yang sama, badan pesakit akan distabilkan dari sebarang pergerakkan. Tarikan ini secara teorinya boleh merenggangkan jarak antara vertebra dan seterusnya meningkatkan ruang untuk saraf yang keluar melalui saluran diantara 2 vertebra (intervertebral feromina).
64. Apakah jenis ubat-ubatan yang akan diberikan oleh doktor?
Terdapat pelbagai ubatan di pasaran dan di farmasi yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor. Walaubagaimanapun, kebanyakkan pesakit mengetahu mengenai sesuatu ubatan itu melalui kenalan dan pengalaman mereka dalam menggunakan ubat tersebut. Adalah lebih baik jika anda mendapatkan pandangan doktor terlebih dahulu kerana dari aspek indikasi, keperluan dos dan kesan sampingan; doktor dapat memilih ubatan yang terbaik dan bersesuain dengan anda. Kepelbagaian fungsi ubatan yang boleh dipilih dan gabung untuk mendapatkan kesan terapiutik yang terbaik. Malah ubatan yang berfungsi untuk menahan kesakitan juga pelbagai. Maka, adalah tepat jika anda menerima preskripsi dari doktor yang jauh lebih arif dari teman-teman anda.
Ubat-ubatan yang kebiasaanya dipreskrip oleh doktor yang merawat masalah sakit belakang adalah ubat penahan sakit, ubat vitamin untuk saraf, ubat penstabil sel, ubatan psikiatri dan ubat tidur.
65. Apakah ubatan penahan sakit atau analgesic yang perlu saya ketahui?
Secara umumnya ubat penahan sakit dibahagikan kepada ubatan konvensional dan ubatan moden. Ubatan konvensional adalah ubatan yang terlebih dahulu dikeluarkan dan melalui pengalaman penggunaannya untuk satu tempoh yang agak lama, doktor telah melihat kesan sampingan yang paling kerap adalah gastrik atau gastritis. Komplikasi yang paling serius adalah pendarahan di dalam usus. Walaubagaimana pun, penggunaan ubatan ini masih diteruskan tetapi pemilihan pesakit yang sesuai adalah sangat perlu untuk mengurangkan risiko komplikasi tersebut. Contoh ubat-ubatan ini adalah seperti voltaren atau Naproxen. Ubatan ini secara umumnya adalah jauh lebih murah dan berkesan berbanding dengan ubatan penahan sakit yang moden.
66. Apakah ubatan penahan sakit moden yang dimaksudkan?
Ubatan penahan sakit moden telah dikaji dan dicipta untuk menangani masalah kesan sampingannya yang dikaitkan dengan gastritis. Dari aspek keberkesanannya, ia bergantung kepada individu. Ada kalanya penggunaan ubatan konvensional lebih berkesan dalam mengawal kesakitan malah ubatan penahan sakit moden adalah secara umumnya lebih mahal. Kumpulan ubatan moden ini adalah dikenali sebagai Cox II Inhibitor seperti Arcoxia, Celebrex dan Mobic.
67. Bagaimanakah ubat penahan sakit berfungsi?
Ubat penahan sakit berfungsi dengan mengganggu proses radang yang berlaku secara semulajadi dan seperti yang telah dijelaskan terlebih dahulu, kesakitan akan tercetus daripada proses radang. Ubat-ubatan ini menghalang tugas enzim dalam badan yang berfungsi menghasilkan bahan kimia yang mencetuskan sakit. Ubatan konvensional mengganggu enzim secara keseluruhan maka pada masa yang sama ia juga menghalang pembentukan bahan kimia lain yang melindungi lapisan usus. Oleh kerana itulah ubatan konvensional boleh menyebabkan gastritis. Ubatan moden yang dicipta akan memilih enzim yang diganggu supaya bahan kimia pelindung usus terus dapat dihasilkan.
68. Apakah yang dimaksudkan dengan ubatan opiod?
Opiod adalah satu lagi jenis ubat penahan sakit yang berkesan. Ia telah lama terdapat di pasaran. Penggunaannya juga meluas kerana opiod terdiri daripada pelbagai jenis ubat yang mempunyai pelbagai keberkesanannya. Opiod biasanya digunakan untuk mengawal kesakitan selepas pembedahan dan ianya juga untuk rawatan kanser. Pemilihan opiod dibuat selepas penggunaan ubatan penahan sakit biasa tidak berkesan. Kebiasaanya opiod yang lemah diperkenalkan terlebih dahulu kerana opiod mempunyai kesan sampingan yang tidak menyenangkan seperti berasa mual, muntah, pening dan mengantuk. Kadang-kala opiod yang lemah juga digabungkan penggunaannya dengan ubatan penahan sakit moden untuk mendapatkan kawalan kesakitan yang maksimum dan meminimumkan kesan sampingan. Contoh ubatan opiod adalah morfin, codein, fentanyl, oxycontin dan tramadol.
69. Apakah itu methylcobal dan kepentingannya dalam rawatan sakit belakang?
Methylcobal adalah sejenis vitamin B12 yang memainkan peranan didalam sintesis atau pembentukan struktur protein yang terdapat pada sistem saraf. Ia merupakan ubatan yang diperkenalkan untuk merawat masalah saraf peripheral yang mempunyai gejala kekebasan, kesakitan neuropatik dan kulit terlampau sensitive kepada sentuhan.
70. Apakah itu ubat penstabil sel atau ‘cell stabilizer’?
Ubatan yang dimaksudkan adalah seperti Gabapentin. Ubatan ini dicipta untuk menyerupai struktur kimia neurotransmitter ataupun bahan kimia penghantar signal sistem saraf. Kaedah sebenar bagaimana ia bertindak secara sains masih belum boleh diterangkan, tetapi kesannya ialah menstabilkan sel yang terlebih teruja. Sel sel saraf yang terlebih teruja ini akan menghantar signal-signal yang salah untuk ditafsirkan sebagai sakit. Kadang kala rangsangan sakit hanya sedikit, tetapi kerana sel sel saraf ini terlebih teruja, signal yang disampaikan kepada otak adalah berganda-ganda dan inilah yang menyebabkan pesakit menjadi terlalu sensitive kepada rasa sakit. Oleh itu ubat ini selalunya dikhususkan untuk mereka yang mempunyai kesakitan yang bercirikan neuropatik.
71. Apakah ubatan psikiatri yang digunakan dalam merawat sakit belakang?
Ubat psikiatri yang biasanya digunakan untuk merawat kesakitan kronik adalah Amitriptylline. Kegunaan sebenar ubat ini adalah untuk merawat kemurungan dan ketakutan melampau (anxiety). Ubat ini menggunakan laluan opiod untuk melegakan kesakitan. Malah masalah kemurungan yang berkaitan dengan kesakitan kronik juga dapat diatasi bersama. Ubat Duloxetine juga digunakan untuk merawat kemurungan. Ia berfungsi dengan menghalang kesan serotonin yang menyebabkan kemurungan dan pada masa yang sama ia menghalang kesan norepinephrine yang boleh menggandakan rasa sakit. Pada masa yang sama, kemurungan boleh menyebabkan paras endorphin di dalam badan merosot. Ia merupakan bahan kimia semulajadi yang membantu badan menangani kesakitan. Jika kemurungan ini diatasi, paras endorphin juga meningkat dan ia akan menguatkan lagi keupayaan ubat ini untuk merawat kesakitan kronik.
72. Rawatan invasive intervensi?
Selepas pesakit diberi ubatan yang pelbagai kombinasi diikuti dengan rawatan fisioterapi, kesakitan yang dialami tidak juga berkurang, maka pesakit akan diberi satu lagi pilihan rawatan yang dikenali intervensi invasive. Rawatan ini melibatkan suntikan ubatan bius atau steroid ke dalam sendi yang bermasalah pada struktur tulang belakang. Hujung-hujung saraf yang sensitive tertentu juga boleh dihentikan fungsinya daripada cetusan kesakitan yang berterusan melalui suntikan. Suntikan ini diberikan berdasarkan kepada persediaan rapi sebelum prosedur melalui pengamatan melalui pemeriksaan radiology. Prosedur ini juga akan dilakukan melalui tunjuk arah xray di dalam bilik bedah untuk mendapatkan lokasi sakit yang tepat.
73. Apakah itu rawatan ablasi radiofrekuensi?
Rawatan ini adalah dikhususkan kepada pesakit yang mengalami kesakitan tulang belakang disebabkan oleh pelapik disk yang telah mengalami penuaan pada usia yang muda dan tidak menyebabkan sebarang tekanan kepada struktur saraf. Prosedur ini dijalankan dengan menggunakan jarum khas (prob) yang akan dicucuk pada bahagian belakang badan dan ditujukan kepada bahagian disk. Setelah kedudukan jarum ini dipastikan dengan bantuan xray, jarum ini disambungkan dengan sebuah mesin yang mengeluarkan radiofrekuensi yang menyebabkan hujung-hujung saraf dilapisan luaran disk ‘masak’ dan rosak. Dengan itu, secara khususnya kesakitan dari disk yang rosak ini tidak dapat dicetuskan. Kesakitan yang berpunca daripada sendi facet juga boleh dirawat dengan radiofrekuensi. Kaedah ini akan menghilangkan hujung saraf yang mengesan sakit dari sendi facet.
74. Apakah itu nukleoplasti?
Satu lagi rawatan yang menggunakan konsep sains yang sama, Nukleoplasty. Prosedur ini melibatkan target radiofrekuensi dihantarkan ke tengah bahagian disk. Dalam kes ini, disk yang sedikit terkeluar daripad sempadannya dan menyebabkan simtom tekanan kepada saraf mendapat kebaikan melalui pengecutan isipadu disk (nucleus palposus). Pengecutan isipadu ini pula akan menyebabkan keadaan vakum yang boleh menarik struktur disk yang terkeluar tadi kembali kedalam sempadannya dan seterusnya mengalih tekanan kepada struktur saraf tadi. Rawatan radiofrekuensi ini mempunyai kosnya tersendiri kerana jarum khas yang digunakan itu adalah alat pakai buang.
75. Apakah indikasi pembedahan?
Pembedahan adalah satu berita yang amat tidak menyenangkan kepada semua pesakit. Perlu diingati, doktor juga sebaik mungkin ingin mengelakkan pembedahan. Walau bagaimanapun, pada sesetengah keadaan, pembedahna tidak boleh dielak. Kebiasaanya doktor akan merawat pesakit secara berperingkat-peringkat, daripada permulaan ubat-ubatan, fisioterapi dan rawatan intervensi invasive. Tetapi jika masalah tulang belakang menjadi lebih serius atau kesakitan pada tulang belakang atau simtom tekanan pada saraf tidak reda dengan segala jenis rawatan yang telah dihulurkan kepada pesakit untuk selama 6 minggu atau 3 bulan; pesakit akan dicadangkan dengan rawatan pembedahan. Selain daripada itu, ketidak-stabilan struktur tulang belakang yang boleh mengancam struktur saraf; fungsi saraf yang semakin merosot dan kemalangan yang menyebabkan kerosakan struktur tulang belakang diiringi berasa kebas pada dubur dan tidak boleh mengawal kencing atau membuang air besar.
76. Persediaan kepada pembedahan?
Persediaan kepada prosedur pembedahan adalah satu topic yang besar untuk dibincangkan. Ia boleh dibahagikan kepada persediaan pesakit itu sendiri, persediaan keadaan kesihatan yang dinilai melalui ujian makmal dan darah, persediaan doktor untuk membuat perancangan pembedahan, persediaan rawatan selepas pembedahan dan persediaan ahli keluarga. Pesakit sudah tentunya terkejut apabila dicadangkan untuk menghadapi pembedahan. Oleh itu dari aspek pesakit, memahami masalah kesakitannya dengan penjelasan yang terperinci boleh membantu pesakit meyediakan diri dan mentalnya untuk menghadapi tekanan perasaan dan emosi terhadap pembedahan. Pesakit juga perlu tahu bahawa pembedahan tulang belakang ini adalah satu pembedahan major kerana risikonya yang tinggi. Risiko yang paling digeruni ialah kematian kerana bius atau tekanan fisiologi badan dibandingkan dengan kekuatan fisiologi badan yang berusia untuk menghadapinya dan kelumpuhan anggota. Pembedahan tulang belakang adalah berisiko untuk mendapat kelumpuhan kerana secara anatomi semulajadinya ia sangat dekat dengan struktur saraf. Sebarang kecederaan tidak terkawal pada struktur tulang akan merosakkan saraf dan seterusnya menyebabkan kelumpuhan. Walau bagaimanapun, seseorang pakar bedah tulang belakang adalah amat arif dan berpengalaman untuk menjalankan pembedahan tersebut dan adalah sangat diharap agar sebarang kemungkinan kecederaan dapat dielakkan. Pesakit juga perlu memberitahu doktor mengenai senarai ubat-ubatan yang dimakan kerana ubat-ubatan yang berfungsi untuk mencairkan darah seperti untuk penyakit jantung atau strok, perlu dihentikan sebelum pembedahan dalam tempoh 10-14 hari sebelum pembedahan. Biasanya kepada mereka yang mempunyai banyak masalah kesihatan, doktor akan merujuk pesakit terlebih dahulu kepada doktor bius untuk penilaian dan cadangan untuk mengoptimumkan keadaan kesihatan sebelum pembedahan.
77. Apakah yang akan dilakukan pada hari pesakit dimasukkan kedalam wad sebelum pembedahan?
Kebiasaanya pesakit akan dimasukkan kedalam wad sehari dua awal daripada hari pembedahan. Ianya bergantung kepada usia dan riwayat kesihatan pesakit. Mereka yang mempunyai banyak masalah kesihatan akan diwadkan lebih awal. Ini membolehkan pesakit diperiksa tanda-tanda vitalnya seperti tekanan darah, nadi, sistem pernafasannya, pemeriksaan fungsi jantung seperti ECG dan ekokardiogram. Darah juga akan diambil untuk melihat keadaan kesihatan secara menyeluruh dengan melihat jumlah hemoglobin sel darah merah, sel darah putih yang menggambarkan sistem pertahanan badan secara umum dan pembeku darah. Profil fungsi buah pinggang dan hati juga dilihat untuk mengelakkan sebarang komplikasi kemudian. Semua maklumat yang diperolehi dari ujian ini akan digabungkan dan dinilai oleh doktor yang merawat. Sebarang masalah akan dirujukkan kepada doktor yang lebih pakar agar sebarang pembaik-pulih dapat dilakukan sebelum tarikh pembedahan. Adakalanya pembedahan itu ditunda kepada tarikh lain kerana keadaan kesihatan tidak memuaskan seperti contoh masalah jantung. Ini sememangnya amat mendukacitakan kerana pesakit dan ahli keluarga lain sudah bersedia dari aspek mental. Tetapi, keselamatan pesakit adalah jauh lebih penting dengan menunda hari pembedahan. Tiada gunanya pembedahan berjaya tetapi pesakit meninggal kerana serangan jantung atau fungsi paru-paru yang terjejas beberapa hari selepas pembedahan.
78. Apakah persediaan yang dilakukan oleh doktor?
Kebiasaanya, doktor akan melihat pesakit berulang kali sebelum mencadangkan pembedahan kepada pesakit. Rawatan ubat-ubatan, terapi dan pelbagai rawatan lain dihulurkan terlebih dahulu sebelum pembedahan dicadangkan. Doktor pakar akan berbincang sesama ahli kumpulan pakar tentang strategi pembedahan terbaik dan selamat untuk setiap pesakit. Doktor akan menyemak pemeriksaan pesakit kali terakhir sehari sebelum pembedahan untuk memastikan tiada kesilapan perancangan; pesakit yang betul, kiraan tulang belakang yang betul, sebelah kiri atau kanan, keadaan kesihatan pesakit secara keseluruhan serta semakan kepada imej xray dan MRI atau CT Scan. Pesakit akan diterangkan sekali lagi apakah objektif pembedahan, risiko dan perancangan rawatan selepas pembedahan.
79. Apakah risiko pembedahan tulang belakang?
Risiko pembedahan tulang belakang adalah tinggi dan pelbagai. Oleh itu ia boleh dibahagikan kepada risiko umum, risiko khusus pada saraf dan risiko berkenaan penggunaan alatan implant pada struktur tulang belakang. Risiko umum adalah seperti komplikasi yang boleh terjadi daripada kesan ubatan bius, pendarahan yang banyak dari luka pembedahan, pembentukan darah beku pada luka pembedahan, jangkitan kuman pada paru-paru, jangkitan kuman pada luka pembedahan dan lapisan dura yang menyelaputi saraf tunjang serta saraf juga boleh terkoyak. Risiko khusus iaitu kepada saraf pula terdiri daripada kecederaan pada saraf yang boleh membawa kepada kelumpuhan separa atau sepenuhnya, kehilangan kawalan untuk membuang air besar dan air kecil serta ketidakupayaan dalam mengawal anggota seks. Risiko yang berkaitan dengan implant pula terdiri daripada kegagalan struktur tulang bercantum, kerosakan atau kepatahan implant, pergerakan implant yang keluar dari tempat asal pemasangannya dan jangkitan kuman pada implant.
80. Apakah jenis-jenis pembedahan? Minimal and open
Pembedahan secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Iaitu pembedahan kecil (minimal) dan besar (open). Pembedahan besar bermaksud pembedahan konvensional yang sebenarnya bercirikan luka pembedahan yang agak besar atau panjang, manakala pembedahan minimal adalah pembedahan dengan lukanya yang agak kecil. Pembedahan minimal biasanya memerlukan alatan untuk membantu doktor melihat kawasan pembedahan dengan lebih jelas. Penggunaan kamera skop ataupun mikroskop. Pembedahan minimal ini secara teorinya menawarkan kadar sembuhan luka yang cepat dan risiko pendarahan semasa pembedahan yang sedikit. Pesakit biasanya akan boleh berjalan ke tandas sendiri seawal 4 jam selepas pembedahan bergantung kepada jenis pembedahan secara terperinci. Penggunaan ubatan-ubatan penahan sakit juga berkurang. Walaubagaimanapun perlu diingat, pembedahan besar ataupun minimal sebenarnya adalah luka yang dibuat untuk membolehkan doktor melakukan prosedur keatas struktur tulang belakang. Prosedur sebenar yang dilakukan ke atas tulang belakang itu adalah lebih penting dalam rawatan untuk mencapai objektif sebenar pembedahan. Jika prosedur sebenar tidak dapat dilakukan melalui pembedahan minimal, doktor akan mengubah perancangan dari pembedahan minimal kepada pembedahan besar. Dari segi hasil objektif keseluruhan prosedur, pembedahan minimal atau besar adalah tidak berbeza. Kaedah pembedahan ini membenarkan prosedur seperti discectomy, pembedahan fusion dan dekompres.
81. Apakah itu discectomi?
Discectomy atau juga sebenarnya prosedur untuk mengeluarkan bahagian pelapik disk yang terkeluar daripada sempadannya dan mengenakan tekanan kepada struktur saraf. Objektif pembedahan adalah mengalih tekanan disk ke atas saraf. Objektif prosedur ini boleh dicapai melalui pembedahan besar ataupun minimal. Kaedah terbaik yang dilaporkan setakat ini adalah pembedahan minimal dengan menggunakan mikroskop.
82. Apakah itu pembedahan fusion?
Pembedahan fusion atau sebenarnya prosedur untuk mencantumkan beberapa unit vertebra. Seperti yang telah dijelaskan terlebih dahulu, setiap vertebra adalah satu unit yang boleh bergerak secara fisiologi diantara satu sama lain melalui persendian faset dan pelapik disk. Objektif pembedahan adalah untuk mencantumkan vertebra-vertebra yang bergerak melampaui had pergerakkan fisiologi dan mendatangkan kesakitan atau tekanan kepada saraf. Ia juga dilakukan untuk merawat kecacatan pada struktur tulang belakang yang bengkok (skoliosis) atau bongkok (kifosis).
83. Apakah kaedah-kaedah fusion?
Kaedah fusion adalah secara teorinya memerlukan pendedahan bahagian luar lapisan vertebra iaitu melalui dekortikasi. Lapisan luar akan dikikis menggunakan alatan mata tajam yang berpusing ligat yang dinamakan ‘burr’. selepas itu cip-cip tulang yang dihancurkan disebarkan ke atas lapisan tulang yang telah didekortikasi. Penggunaan alatan seperti skrew dan bar akan dipertimbangkan apabila pergerakkan yang boleh berlaku di antara 2 vertebra itu adalah banyak. Kes-kes kemalangan yang menyebabkan ketidak stabilan tulang belakang kebiasaanya memerlukan peralatan disamping proses dekortikasi dan cip tulang. Kaedah fusion boleh dilakukan dari pembedahan pada bahagian belakang badan yang melibatkan percantuman sendi-sendi faset. Satu lagi kaedah adalah dengan mencantumkan sendi di antara badan vertebra yang secara semulajadinya dipisahkan oleh pelapik disk. Kaedah kedua ini adalah lebih baik kerana jumlah luas permukaan yang tinggi boleh menjamin proses cantuman yang lebih baik dan stabil. Kaedah yang terbaik adalah gabungan diantara cantuman pada sendi-sendi faset dan cantuman diantara badan vertebra.
84. Apakah itu pembedahan decompression?
Pembedahan dekompressi adalah pembedahan yang dilakukan untuk mengalihkan tekanan yang berlaku ke atas struktur saraf. Seperti yang telah dijelaskan terlebih dahulu, tekanan ini boleh disebabkan oleh struktur disk, tulang, pertumbuhan tulang baru (osteofit) ligamen yang mengalami penebalan dan sendi faset yang mengalami proses penuaan. Pembedahan ini boleh dibahagikan kepada pembedahan dari bahagian belakang struktur vertebra dan bahagian depan struktur vertebra. Pembedahan pada bahagian belakang adalah melibatkan pembuangan struktur lamina dan juga unjuran spinus. Dengan cara ini saluran ‘spinal canal’ yang dirangkumi oleh bahagian belakang badan vertebra, pedikel, lamina dan unjuran spinus akan menjadi terbuka. Apabila satu saluran yang terbina dari struktur tulang dapat dibuka, maka tekanan yang terbentuk di dalamnya akan dapat di legakan.
85. Apakah itu pembedahan endoskop?
Pembedahan endoskop adalah satu lagi kaedah pembedahan yang mengetengahkan pembedahan minimal. Untuk pembedahan satu level vertebra, luka pembedahan adalah dari 2 hingga 2.5cm sahaja pada bahagian belakang badan. Melalui bukaan luka ini, doktor dapat memasukkan kamera dan alatan bedah melalui pot universal yang ditempatkan pada luka tersebut. Kamera akan memancarkan imej definisi tinggi kepada skrin. Pembedahan ini akan dilihat oleh doktor pakar lain yang bersama didewan bedah. Pembedahan ini memungkinkan prosedur diskektomy, dekompresi dan fusion. Pembedahan ini setakat ini dilakukan hanya di HUSM dan Hospital Kuala Terengganu.
86. Apakah rawatan untuk kes spine tb?
Rawatan untuk tulang belakang yang dijangkiti oleh TB adalah termasuklah pengesahan. Untuk itu, pesakit akan ditanya riwayat penyakit, pemeriksaan terperinci dilakukan dan ujian makmal serta radiology dijalankan. Ujian Mantoux akan dilakukan. Ujian ini melibatkan suntikan pada lengan dan reaksi radang akan dimonitor selepas 72 jam. Ujian yang positif adalah apabila kesan radang dilihat berukuran melebihi 15mm dan ia bengkak dari permukaan kulit. Untuk mereka yang mengidapi penyakit seperti diabetis, HIV-AIDS dan pengambilan ubatan steroid pada dos yang tinggi dalam tempoh yang lama; bacaan lebih dari 5mm juga dikira positif. Setelah mendapat pengesahan, pesakit akan dirujuk kepada doktor pakar bahagian dada (Chest physician), doktor pakar mata (ophthalmologist) dan doktor pakar hidung dan tekak (ENT). Semua ini adalah persediaan pesakit sebelum dimulakan dengan rawatan ubatan anti TB. Tidak semua pesakit memerlukan rawatan pembedahan. Mereka yang mengalami gangguan fungsi saraf disebabkan oleh tekanan pada struktur saraf samada oleh tulang vertebra yang runtuh ataupun kumpulan nanah ynag terbentuk memerlukan pembedahan dekompresi. Kes-kes yang melibatkan tulang vertebra yang runtuh dan tidak stabil perlu distabilkan dengan prosedur fusion atau cantuman vertebra-vertebra. Sesetengah kes yang kurang serius, bengkung akan dipasang daripada semen atau gentian kaca untuk tempoh 3 bulan.
87. Apakah proses rawatan untuk spine metastases?
Masalah kanser yang tersebar kepada struktur tulang belakang akan ditangani berdasarkan kepada beberapa criteria. Criteria ini telah dikaji dengan terperinci oleh beberapa pakar bedah tulang belakang yang secara khususnya merawat kanser. Criteria ini membantu para doktor membuat keputusan samada pembedahan diperlukan atau tidak. Pembedahan pula dirancang samada untuk menstabilkan tulang belakang yang semakin runtuh melalui prosedur fusion atau melakukan dekompressi untuk mengalihkan tekanan ke atas struktur saraf daripada kanser yang telah merebak di tulang vertebra atau membuang semua vertebra yang mengalami penyebaran kanser. Pembedahan sahaja adalah tidak mencukupi jika merawat kanser, kerana ia perlu disusuli dengan rawatan kemoterapi atau radioterapi atau kedua-duanya sekali bergantung kepada jenis kanser.
88. Apakah criteria yang dinilai sebelum sesuatu pembedahan diputuskan?
Secara umumnya criteria ini melihat dari aspek sumber kanser tersebut. Terdapat kanser yang aggresif dan cepat merebak yang pada umumnya pesakit adalah sangat tidak bernasib baik dan jangka hayatnya juga kurang memuaskan. Kanser adalah diketahui umum bahawa sifatnya yang boleh tersebar ke anggota lain melalui saluran darah dan saluran limfa. Maka criteria seterusnya adalah untuk melihat sejauh mana kanser itu telah tersebar: adakah ia tersebar ke organ lain seperti hati, otak, paru-paru? Adakah ia telah tersebar ke anggota tulang yang lain seperti pangkal tulang lengan (proximal humerus)dan pangkal tulang peha (proximal femur)? Seterusnya criteria juga dilihat untuk mengetahui berapa banyakkah unit vertebra yang telah menerima kanser. Bilangan vertebra yang terlibat adalah lebih baik dan memungkinkan rawatan pembedahan adalah jika jumlah maksimumnya 3. Selain itu, keadaan pesakit secara keseluruhan diambil kira. Pesakit yang masih segar bertenaga dan tidak mempunyai komorbid penyakit medical yang lain seperti penyakit jantung, paru-paru atau ginjal mempunyai peluang yang lebih baik. Criteria yang terakhir adalah fungsi sistem saraf. Kanser yang tersebar kepada struktur tulang belakang boleh menyebabkan vertebra runtuh ataupun tisu kanser itu sendiri boleh mengenakan tekanan kepada struktur saraf. Maka pesakit boleh mendapat kelumpuhan pada anggota kaki atau tangan samada sepenuhnya atau separa lumpuh. Pesakit yang mengalami lumpuh penuh secara logiknya pun mempunyai peluang yang tipis untuk sembuh. Semua criteria di atas diperiksa dengan teliti dan dipertimbangkan. Pengiraan mata dibuat dan keputusan samada pembedahan perlu dilakukan atau pembedahan pada peringkat ini tidak diperlu dilakukan lagi akan diputuskan.
89. Apakah prosedur biopsy?
Biopsy adalah prosedur yang penting di dalam merawat kanser. Prosedur ini melibatkan pengambilan sedikit tisu daripada sumber kanser. Jika sumber kanser tidak diketahui maka biopsy perlu dilakukan daripada struktur tulang belakang itu sendiri. Pesakit akan dibius, kanser yang telah tersebar pada tulang belakang dikenal pasti lokasinya melalui imej MRI dan dipadankan dengan xray didewan bedah. Satu luka kecil akan dibuat pada kulit dibahagian belakang. Jarum khusus digunakan untuk dimasukkan kedalam struktur tulang belakang dengan target hujung jarum itu menghala kepada badan vertebra. Tisu yang diperolehi daripada jarum itu dihantarkan ke makmal untuk kajian di bawah mikroskop dan mengesahkan jenis kanser dan kemungkinan asal kanser tersebut. Keputusan histology makmal ini sangat penting kerana selain daripada keperluan penilaian criteria yang dinyatakan tadi, rawatan kemoterapi dan radioterapi juga adalah berdasarkan kepadanya.
90. Apakah yang akan dilakukan jika kanser yang dihidapi adalah pada peringkat ‘end stage’?
Pada peringkat ini, penyebaran kanser kepada struktur tulang belakang adalah meluas. Objektif rawatan pada peringkat ini adalah untuk mengawal kesakitan. peluang untuk mencapai pemulihan sepenuhnya adalah sangat tipis. Maka daripada pemahaman tersebut, pesakit ditumpukan untuk kurang menghadapi bebanan sakit, mempunyai selera makan yang memuaskan, mampu berehat secukupnya, tidur nyenyak, dan berada disamping ahli keluarga yang disayangi. Pesakit akan dibekalkan dengan ubatan penahan sakit yang kuat, ubat tidur, ubatan vitamin dan pelbagai lagi kombinasi ubatan. Pada peringkat ini, kesan sampingan ubat sudah tidak penting lagi selagi objektif rawatan di atas dapat dicapai. Bergantung kepada jenis kanser, hayat pesakit juga terjejas dan maka dengan itu berikanlah pesakit layanan yang terbaik dalam hidupnya, sayangilah dan kasihanilah pesakit sebaik-baiknya.
91. Apakah itu Sindrom Myofasial?
Sindrom Myofasial adalah sejenis penyakit kronik yang berpunca daripada otot-otot. Kesakitan yang dirasai oleh pesakit adalah tertumpu kepada titik-titik tertentu pada bahagian badan yang dikenali sebagai titik pencetus atau ‘trigger point’. Titik tumpu ini boleh menjadi sangat sakit jika disentuh dan kesakitan ini boleh dirasai merebak keseluruh otot-otot berkenaan. Sindrom kesakitan ini boleh dirasai pada hampir keseluruhan anggota badan, tetapi bahagian badan yang paling kerap mengalami masalah ini adalah pada bahagian belakang, leher dan bahu. Kesakitan ini juga boleh dirasai pada lengan dan betis seperti mereka yang mempunyai masalah disk. Kesakitan pada otot-otot adalah sangat kerap berlaku pada hampir semua individu tetapi ianya bersifat sementara sahaja. Sindrom ini bercirikan kesakitan yang berpanjangan. Ianya berpunca daripada kecederaan pada otot-otot atau ketegangan yang terlampau pada otot-otot, ligamen dan tendon. Sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan sindrom ini adalah kecederaan pada disk, pergerakkan anggota badan yang berulangan dan kelesuan badan yang melampau. Pesakit akan merasai sakit pada otot-otot dan selalu berasa bahawa otot-otot berketul atau bersimpul-simpul di bawah kulit.
92. Bagaimanakah Sindrom Myofasial dirawat?
Secara umumnya, sindrom myofasial ini dirawat melalui fisioterapi fizikal. Teknik renggangan dan semburan adalah satu lagi kaedah rawatan yang diketengahkan. Bahagian yang sakit atau titik tumpuan akan disemburkan dengan bahan penyejuk dan diikuti dengan renggangan otot-otot yang terlibat. Semburan penyejuk akan mengalih perhatian kesakitan dan membenarkan pergerakkan pada otot-otot. Urutan boleh mengurangkan ketegangan dan membantu memulihkan pengaliran darah yang seterusnya mengalihkan kepekatan bahan kimia penyebab sakit kebahagian anggota lain. Sekiranya segala rawatan terapi ini gagal, pesakit akan dirujuk kepada doktor pakar bius yang boleh melakukan suntikan ubat bius secara terus kepada titik-titik tumpuan.
93. Apakah itu Sindrom Piriformis?
Sindrom Piriformis adalah sejenis penyakit yang berlaku kerana perhubungan tidak normal di antara sistem saraf dan otot-otot kerana kedudukan anatominya yang berdekatan. Secara khususnya, saraf yang terlibat di dalam sindrom ini adalah Saraf Sciatic dan otot-ototnya pula adalah Otot Piriformis. Pesakit mengalami kesakitan akibat daripada tekanan kepada saraf Sciatic yang mengalami tekanan daripada otot Piriformis. Kesakitan ini bercirikan kesakitan neuropatik dan kekebasan yang dirasai pada bahagian bawah peha dan betis. Kesakitan ini adalah seperti kesakitan yang dialami oleh mereka yang mengidapi prolap disk. Maka diagnosis penyakit ini boleh disahkan dengan pemeriksaan MRI yang ‘exclude’ masalah disk.
Masalah ini berlaku disebabkan oleh penggunaan otot piriformis yang terlampau yang dilakukan semasa postur duduk seperti berbasikal dan atlet lumba lari.
94. Bagaimanakah Sindrom Piriformis dirawat?
Rawatan untuk sindrom piriformis terdiri daripada penggunaan ubatan anti radang dan ubatan untuk merehatkan otot-otot. Ianya diiringi dengan rawatan fisioterapi yang menekankan senaman renggangan dan urutan. Aktiviti seperti menunggang basikal dan berlari dielakkan. Pada masa yang sama otot-otot abdomen dan belakang dikuatkan keupayaannya untuk mengurangkan tekanan beban terhadap otot piriformis. Otot-otot di sekitar sendi peha juga diberi perhatian supaya arah pergerakkan bertambah baik. Penggunaan ais dan beg air panas juga membantu selepas aktiviti yang memberi bebanan kepada otot piriformis. Teknik terapi yang moden seperti ultrasound boleh menghantar haba pemanasan terus ke dalam otot piriformis. Jikalau semua usaha di atas gagal, pesakit boleh disuntik dengan ubat bius, anti radang, steroid dan botox. Malah suntikan ini juga boleh digabung untuk merehatkan otot piriformis, mengawal radang dan mengurangkan kesakitan.
95. Apakah yg akan lakukan jika seseorang itu mengalami kelumpuhan ekoran kemalangan dan kecederaan tulang belakang?
Kecederaan tulang belakang yang mengakibatkan kelumpuhan penuh kebiasaanya sukar untuk dipulihkan. Pembedahan dilakukan adalah bertujuan untuk menstabilkan struktur tulang belakang yang menjadi tidak stabil dan seterusnya merosakkan struktur saraf. Maka objektif pembedahan adalah tidak bermaksud untuk mendapatkan pemulihan daripad kecederaan saraf. Peluang untuk pesakit kembali pulih dari segi fungsi saraf iaitu menggerakkan anggota adalah kurang dari 1%. Dengan kata lain, daripada 100 orang pesakit yang mengalami kelumpuhan daripada kecederaan tulang belakang, hampir kesemuanya tidak pulih. Kestabilan tulang belakang walaubagaimanapun sangat perlu untuk rawatan terapi. Terapis dan ahli keluarga perlu mengubah posisi dan memindahkan pesakit. Pesakit akan diajar duduk dan menggunakan kekuatan tangan untuk menampu berat badan bagi mengubah posisi atau berpindah ke kerusi roda. Fungsi tangan akan dipertingkatkan melalui terapi pekerjaan. Pesakit masih boleh menyara hidup dengan pekerjaan seperti menaip, membuat dan menyelenggara website, mengubah bunga, melukis dan menghasilkan kraftangan.
96. Apakah masalah lain yang mengiringi kelumpuhan akibat daripada kecederaan tulang belakang?
Kelumpuhan yang dilihat oleh orang ramai hanyalah ketidak upayaannya untuk berjalan dan bergerak. Sebenarnya kerosakkan sistem saraf juga menyebabkan pesakit tidak mampu mengawal pundi kencing dan otot duburnya. Pesakit tidak boleh membuang air kencing tanpa memasukkan tiub getah kedalam saluran kencingnya (urethra). Pesakit akan diajar bagaimana untuk menukarkan dan memasang tiub kateter ini sendiri. Kaedah yang antiseptic dititikberatkan untuk mengelakkan jangkitan kuman. Pesakit juga tidak boleh membuang air besar secara semulajadi. Samada tidak berasa untuk membuang najis atau tidak berupaya untuk mengawal daripada najis daripada terkeluar dengan sendirinya. Pesakit dan ahli keluarga akan diajar bagaimana unutk membuang najis secara manual. Psikologi pesakit juga akan terjejas, kerana sekelip mata daripada pesakit boleh bergerak bebas berubah kepada keadaan lumpuh. Mereka biasanya mengalami depresi atau tekanan perasaan. Majority pesakit yang lumpuh tidak bermotivasi untuk bangun dan duduk. Keadaan baring untuk satu tempoh masa yang agak lama boleh mendorong kepada jangkitan kuman pada sistem pernafasan. Pesakit juga diajar untuk melatih usus membuangkan najis pada jadual yang ditetapkan setiap hari. Pesakit juga mengalami kehilangan deriai atau rasa sentuhan pada kulit anggota. Maka apabila pesakit berada pada satu-satu posisi yang sama dalam tempoh yang lama, dia mempunyai risiko kudis pada kulit yang meliputi bahagian badan yang keras seperti pada bahagian pinggul.
97. Bagaimanakah kudis boleh terbentuk pada pesakit yang lumpuh?
Rasa sentuhan pada kulit adalah sangat penting. Pada mereka yang normal, berada pada satu-satu posisi untuk satu jangkamasa yang lama menyebabkan rasa sakit atau rasa lenguh tercetus. Maka kedudukan akan diubah secara otomatik. Ia berlaku diluar kawalan dan pengetahuan kita. Tetapi kepada mereka yang tidak mempunyai deria rasa, rasa lenguh atau sakit tidak tercetus. Tekanan pada kulit oleh bahagian tulang yang prominen secara berterusan mengganggu pengaliran darah setempat. Ini menyebabkan bahagian kulit ini tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup dari darah. Tisu akan mati dan seterusnya lapisan kulit yang hitam (gangrene) terbentuk. Lapisan ini akan luruh dan seterusnya mendedahkan bahagian dibawah kulit. Maka terbentuklah kudis. Semua ini boleh dielakkan dengan mengubah posisi badan setiap sekurang-kurangnya 2 jam. Walaupun tidur nyenyak, pesakit perlu dibantu oleh ahli keluarga untuk mengubah posisinya.
98. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘somatoform disorder’ dengan sakit belakang?
Somatoform disorder adalah sejenis penyakit psikiatri yang mempunyai gejala fizikal seperti sakit belakang yang tidak dapat dijelaskan sebabnya secara saintifik. Pesakit ini apabila diperiksa secara fizikal dan terperinci, tidak menunjukkan sebab dan hubungkait anatomi dan fisiologi badan. Malah pemeriksaan darah dan radiology juga tidak boleh menjelaskan bagaimana sesuatu gejala atau sakit belakang itu boleh berlaku. Pesakit ini kebiasaanya mempunyai kebimbangan mengenai status kesihatannya yang terlampau kerana doctor tidak berjaya mengesan puncanya. Masalah kesakitan ini akan berpanjangan hampir bertahun-tahun lamanya.
99. Bagaimanakah penyakit ‘somatoform disorder’ disahkan dan dirawat?
Penyakit ini disahkan apabila senarai panjang diagnosis yang mungkin untuk pesakit di’exclude’. Untuk itu, pertanyaan rapi riwayat pesakit dan pemeriksaan fizikal adalah sangat perlu disamping pemeriksaan darah dan radiology. Kebiasaannya semua langkah tersebut tidak menunjukkan sebarang petunjuk kepada sebarang diagnosis. Setelah semua diagosis lain diketepikan, pesakit akan dirujuk kepada doctor psikiatri unutk mendapatkan penilaian sebelum sesuatu rawatan dimulakan. Ubat-ubatan yang biasanya digunakan adalah anti kemurungan.
100. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘malingering’?
‘Malingering’ adalah satu terma perubatan yang merujuk kepada rekaan dan memperbesar-besarkan gejala kesakitan untuk mendapatkan pulangan seperti pampasan kewangan, mengelakkan diri ke sekolah atau tempat kerja, mendapatkan perhatian atau simpati dan pelbagai lagi. Penyakit ini berbeza dengan somatoform disorder kerana sesetengah pesakit apabila diperiksa, mungkin mempunyai punca kenapa mereka mengidapi sakit tersebut dan boleh dijelaskan secara anatomi dan fisiologi. Tetapi cara mereka menunjukkan kesakitan itu adalah terlampau. Pengalaman yang ada pada seseorang doctor dapat menilai bagaimana aslikah sakit itu. Selain daripada proses rawatan biasa yang terdiri daripada ubatan, terapi dan rawatan invasive, pesakit juga akan dirujuk kepada psikologis klinikal untuk mendapatkan penilaian dan seterusnya psikoterapi.
No comments:
Post a Comment